Sumbangan PASTI

Sumbangan PASTI

Tuesday, September 27, 2011

TIADA SEBAB UNTUK DAP KELUAR PAKATAN - TGNA



KOTA BARU, 26 Sept – Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata hukum hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan sama sekali tidak kena-mengena dengan masyarakat bukan Islam terutama DAP yang juga tiada sebab membantah undang-undang Islam itu dilaksanakan.

Sehubungan itu beliau menyifatkan DAP seperti “budak-budak kecil takutkan hantu” sedangkan hukum hudud sebenarnya lebih adil dan tidak membabitkan golongan bukan Islam.


“DAP nak keluar (gabungan pembangkang) pasal apa? Hudud untuk orang Islam dan apa hubungan dia (DAP) dengan orang Islam,” katanya kepada pemberita di kediaman Menteri Besar di sini hari ini.


Semalam, beliau berkata hukum hudud itu akan dilaksanakan di Mahkamah Syariah di Kelantan walaupun mendapat tentangan daripada DAP. - themalaysianinsider

Diambil Dari Blog : >>>Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man<<<

KENANGAN CERAMAH DI MARKAS(2009)

Ust Shahril Azman, Ketua DPP PAS Pahang

Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Hal Ehwal Felda PKR Pahang

YB Khalil Idham Lim, ADUN Titi Serong, Perak

 Kehadiran peneroka-peneroka Felda Jengka 19, Kuala Krau

Hadirin Sedang Mengambil Makanan Yang Disediakan

Diambil Dari : >>>The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah<<<

Saturday, September 24, 2011

BAS PALING BURUK DINAIKI PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT


>>LAWA TAK BAS RAKYAT<<


Diambil Dari >>> Berita mStar Online <<<

PERSIAPKAN JENTERA PILIHANRAYA DI TAHAP OPTIMUM

Muktakir ini, media Umno sengaja membesar-besarkan pelbagai isu bagi mengalihkan tumpuan kerja Pakatan Rakyat.

Isu ucapan Mohamad Sabu, bendera, hudud, sejarah kemerdekaan merupakan antara isu-isu yang sedang sengaja diwujudkan menjelang PRU akan datang. Tujuannya hanya satu -
 untuk mengalihkan perhatian kepada isu-isu utama yang mempunyai kesan langsung kepada keselamatan negara seperti isu warga asing yang diberi kerakyatan mudah, penyelewengan wang rakyat dan rasuah secara besar-besaran. 

Demikian juga isu warga asing yang diberi hak mengundi, peningkatan kos hidup yang membebankan, cukai GST yang akan dilaksanakan selepas PRU ke 13, dan yang terkini isu akta yang akan menggantikan ISA.


Dalam menghadapi PRU yang semakin hampir, rakyat sedang dan akan bakal saksikan bagaimana media perdana akan menggiatkan usaha untuk mengalihkan perhatian mereka sehingga isu-isu utama tenggelam.
 Teknik seperti isu bangsa, agama dan pelbagai isu sensitif sememangnya menjadi hobi dan senjata BN untuk lima dekad yang lalu, terutamanya pada waktu timbulnya isu-isu yang mereka tidak boleh jawab. Harapan mereka supaya rakyat lupa bahawa mereka perlu menjawab sesuatu isu besar yang dibangkitkan. 

Strategi ini sentiasa digunakan kerana BN mempunyai kuasa mutlak terhadap media perdana. Dulu ia sememangnya berkesan, akan tetapi pada zaman teknologi sekarang keberkesanannya boleh dikurangkan secara drastik bergantung kepada kebijaksaan Pakatan Rakyat menghadapi teknik ini. 
Walaupun ada-kalanya kita terpaksa menjawab isu-isu yang sengaja dibangkitkan, namun pada masa yang sama para pemimpin Pakatan Rakyat harus terus menekankan isu-isu utama yang membabitkan rakyat sehingga BN terpaksa menjawabnya. 

Oleh itu, dalam masa menjawab tuduhan dan isu yang sengaja diwujudkan, Pakatan Rakyat mesti lebih bijaksana mengambil peluang untuk mengungkit semula isu-isu utama ini supaya rakyat tidak hilang fokus dan terpengaruh dengan taktik alih perhatian BN.
 Pakatan Rakyat dinasihatkan untuk mengawal emosi apabila berdepan dengan provokasi sebegini. Ini kerana isu-isu yang sengaja dibangkitkan adalah untuk mengganggu emosi supaya PR terus berbalah dengan mereka dalam isu yang sengaja diwujudkan sehinggakan tiada ruang dan masa untuk mengungkit isu-isu yang lain yang lebih penting dan berbangkit. 

Seluruh jentera Pakatan Rakyat diharap tidak terpengaruh dan 
hendaklah memastikan seluruh jentera parti dapat menumpukan kepada persiapan akhir untuk pertarungan PRU-13 dengan mengemaskinikan segala maklumat penting. Bilik gerakan mestilah dibuka segera, semakan daftar pemilih mesti dilakukan dan semangat pekerja-pekerja jentera parti mesti berada pada tahap optimum.

Tindakan bagi mengesan kelemahan jentera dan pembekalan peralatan pilihanraya juga mesti disiapkan segera. 
Kewangan dan dana pilihanraya mesti dikeluarkan dan dijana bagi melengkapkan peralatan asas yang perlu disediakan. Gerak kerja rayu undi, semakan daftar, peralatan pilihanraya dan cara penerangan isu-isu semasa mesti dilengkapkan sebelum parlimen dibubarkan. Gunakan dana pilihanraya di semua peringkat sekarang, bukan setelah parlimen dibubarkan. Segala-galanya akan berubah bilamana parlimen bubar. 

Untuk itu, jangan terpengaruh dengan isu yang sengaja diwujudkan bagi melekakan kita dari tugas sebenar untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dalam PRU akan datang.

Diambil Dari Sini ->Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Thursday, September 22, 2011

SIMPANAN TUNAI SELANGOR RM1.1B, REKOD 28 TAHUN


Harakahdaily   
SHAH ALAM, 23 Sept: Dalam tempoh enam bulan tahun ini, Kerajaan Negeri Selangor berupaya menambah simpanan tunai sebanyak RM200 juta, menjadikannya RM1,100 juta.
“Jumlah ini merupakan rekod kewangan paling baik negeri bertuah ini dalam tempoh 28 tahun,” kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Beliau menyatakan demikian pada Majlis Santapan Malam anjuran Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan di Pusat Konvensyen Shah Alam, malam tadi.
Selain Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, turut berangkat ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Menurutnya, pada akhir tahun lepas, simpanan tunai Kerajaan Negeri Selangor berjumlah sebanyak RM918 juta.
Secara keseluruhan, katanya, kejayaan Selangor memperkasa pembangunan dan melestarikan kemajuannya adalah dengan restu, nasihat dan sokongan penuh Tuanku Sultan terhadap kerajaan negeri sekarang yang mengamalkan tadbir urus yang telus, bertanggungjawab, berhemah dan berhemat.
Katanya, Negeri Selangor juga telah menunjukkan peningkatan yang begitu ketara di dalam jumlah pelaburan dalam negeri.
Jelasnya, semenjak 2008 hingga Jun 2011, Selangor telah berjaya menarik pelaburan berjumlah lebih RM35,000 juta.
Ini bermakna, ujarnya Kerajaan Negeri Selangor sekarang bukan sahaja berjaya meningkatkan hasil negeri tetapi juga berjaya melaksanakan pengurusan kewangan dengan cekap dan berkesan.
“Walhal pada awalnya adalah menjadi kekhuatiran yang teramat sangat dalam diri patik selaku peneraju Kerajaan Negeri yang baharu untuk memikul amanah majoriti rakyat majmuk di negeri Selangor yang inginkan pembaharuan dalam erti kata hasil mahsul negeri dinikmati secara adil dan saksama dalam kalangan rakyat majmuk di negeri ini,” ujarnya.
Beliau menambah, demi kemaslahatan negeri dan rakyat negeri ini seluruhnya pula, Kerajaan Selangor sekarang melaksanakan dasar “Merakyatkan Ekonomi Selangor” yang mengandungi pelbagai program kebajikan bagi membantu rakyat majmuk pelbagai peringkat agar dapat sama-sama menikmati hasil pembangunan dan kemajuan negeri ini.
Menurutnya, melalui dasar itu, beliauk dan barisan kepemimpinan di peringkat negeri, daerah, mukim dan kampung bersependapat bahawa hasil bumi negeri Selangor ini adalah milik rakyat Sultan Selangor.
Oleh itu, katanya limpahan daripada hasil pembangunan dan kemajuan negeri ini sewajarnya dikembalikan kepada seluruh rakyat negeri Selangor supaya sama-sama menikmatinya.
Katanya, dengan penduduk negeri berjumlah 5.3 juta orang yang terdiri daripada Melayu sekitar 49 peratus; Cina sekitar 29 peratus, India sekitar 16 peratus, dan keturunan lain sekitar 6 peratus, mereka tanpa mengira kelainan bahasa, agama, latar belakang pendidikan dan kecondongan politik, adalah layak menerima bantuan menurut program dan skim yang ditawarkan oleh kerajaan negeri sejak Jun 2008, sejajar dengan misi menjadikan Selangor sebuah negeri idaman, maju dan berkebajikan.
Beliau berkata, sejak dasar itu diperkenalkan 100 hari selepas menerajui pentadbiran Negeri Selangor hinggalah Jun 2011; sejumlah RM500 juta telah disalurkan terus kepada rakyat Selangor.
Selain itu, katanya Skim Air Percuma 20 meter padu berjumlah melebihi RM387 juta, Skim Tabung Warisan (RM1.8 juta), Hadiah Anak Masuk Universiti (RM19 juta), Skim Usia Emas dan OKU (RM49 juta) dan Skim Mikro Kredit Luar Bandar dan Kemiskinan Bandar yang kini melebihi RM2 juta dan berbagai-bagai bantuan kemasyarakatan yang akan diberikan secara berterusan.
Dalam bidang pelaburan pula, beliau bersyukur kerana negeri Selangor terus didatangi oleh para pelabur dari dalam dan dari luar negara.
Katanya, sejak Januari hingga 30 Jun tahun 2011 ini sahaja jumlah pelaburan negeri Selangor bernilai sebanyak RM5,200 juta iaitu 18 peratus dari keseluruhan pelaburan di dalam negara.
Beliau menambah, pelaburan tersebut terdiri dari pelaburan domestik sejumlah RM2,100 juta dan pelaburan asing berjumlah RM3,100 juta.
“Ini bermakna Selangor berada di tempat teratas dalam keseluruhan pelaburan di dalam negara,” katanya.
Menurutnya, dari jumlah RM5,200 juta pelaburan tersebut terdapat sebanyak 135 projek yang terdiri dari 89 projek baharu dan selebihnya 46 projek sedia ada.
“Hal ini menjadikan Selangor jauh meninggalkan negeri-negeri lain yang kebanyakannya mempunyai tidak lebih dari 50 projek,” katanya lagi.
Jelasnya, melalui pelaburan RM5,200 juta di atas Selangor telah berjaya membuka ruang pekerjaan sebanyak 10,000 pekerjaan yang kebanyakannya di dalam bidang elektronik dan elektrikal produk.
“Selangor berbangga menjadi penyumbang terbesar cukai dalam negara iaitu sebanyak 21 peratus pada 2010 dan kita menjangkakan jumlah yang sama dapat kita unjurkan pada tahun ini jika tidak jumlah yang lebih besar,” katanya.
Rakyat Selangor juga, kata beliau menikmati hasil dari pengurusan hasil pasir yang kini dijalankan secara tersusun kerajaan negeri melalui anak syarikat kerajaan negeri; Kumpulan Semesta Sdn Bhd di mana peningkatan hasil pasir amat ketara sekali.
Katanya, pada tahun 2007, kutipan royalti hasil pasir hanya RM4 juta, 2009 sejumlah RM 5 juta dan pada 2010 melonjak kepada RM11 juta.
Menurutnya lagi, manakala pada tahun ini setakat bulan Jun telah mencapai kepada RM12 juta.
“Sejak ditubuhkan hingga setakat Jun 2011, Kumpulan Semesta telah berjaya mengumpul keuntungan berjumlah hampir RM50 juta,” katanya.


>>CLIK DI ATAS INI<<

Wednesday, September 21, 2011

DAKWA MAT SABU - ADAKAH NAJIB BOLEH DIPERCAYAI?

Tindakan pendakwaan ke atas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengesahkan sangka buruk rakyat bahawa sememangnya janji Perdana Menteri (PM) Umno tidak boleh dipercayai.

Kenyataan Mohamad Sabu mengenai status Mat Indera bukannya cakap kosong sebab ia dapat disahihkan ada kebenarannya oleh beberapa sumber rujukan – sebuah buku berjudul ‘Pengukir Nama Johor’,  kajian tesis 
pelajar Universiti Malaya, Ayub @ Uiop Kassim di tahun 1973, ada juga pengakuan kawan dan ahli keluarga Mat Indera.


Jikalau itu pun salah, maka kesalahan harus dikembalikan kepada segala sumber rujukan beliau - sebagaimana semua rakyat Malaysia yang beranggapan bahawa ‘negara pernah dijajah British’.


Ini kerana mereka ini sudah tersalah memahami sejarah negara kerana mempercayai kesilapan buku sejarah keluaran Kementerian Pelajaran, sekiranya apa yang secara dinyatakan secara teknikalnya oleh Professor Zainal Kling dan Dr Mahathir adalah betul.


Takkan pula waris-waris kepada mereka yang pernah bekerja di bawah kerajaan sebelum 31 Ogos 1957 dan kerajaan hendak membuat laporan polis dan mendakwa semua pelajar yang menyatakan negara ini pernah dijajah oleh British?


Kalau dikira, isu yang dibangkitkan oleh Mohamad Sabu hanya berkaitan satu peristiwa iaitu peristiwa Bukit Kepong berbanding perisytiharan yang dilakukan oleh MPN, tentulah perisytiharan MPN itu mempunyai kesan lebih besar kepada rakyat dan negara.


Akan tetapi yang didakwa ialah Mohamad Sabu. Sekiranya Mohamad Sabu perlu didakwa, bagaimana pula Majlis Professor Negara (MPN) dan Zainal Kling?


Secara 'simple' nya ini yang berlaku - “Mohamad Sabu menyatakan Mat Indera sebagai hero pejuang kemerdekaan, tapi Umno dan medianya memutar-belit kenyataan beliau kepada ‘Mohamad Sabu menyokong komunis’ dan menyebarkannya ke merata tempat.”


Sedangkan, apa yang diminta oleh beliau ialah kajian semula fakta sejarah perjuangan pra kemerdekaan dengan membawa contoh peristiwa Bukit Kepong dan Mat Indera. 


Apakah Mohamad Sabu boleh dianggap mengancam keselamatan negara dengan hanya satu ucapan begitu?


Mohamad Sabu didakwa atas ucapan beliau yang diputar-belitkan oleh media pro Umno, yang kemudiannya dengan sengaja mewujudkan suasana kelam-kabut bagi menghalalkan tindakan bagi mendakwa beliau.

Thursday, September 15, 2011

PM DAN 'PERMAINAN POLITIK KOMUNIS'


Apabila terbongkarnya fakta bahawa parti Umno telah mengadakan hubungan dengan Parti Komunis
 Cina (CPC) dengan menandatangani perjanjian persefahaman (MoU),  Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak tetiba membuat kenyataan bahawa “komunis sekarang tidak sama dengan komunis dahulu.”

Kata PM:
“Komunis sekarang lain, komunis dulu lain, dulu mereka ingin kuasai negara dan sebarkan ideologi yang tak beri hak kepada rakyat. Kita baik dengan negara komunis sekarang kerana mereka telah tinggalkan ideologi lama mereka.”

Jika kita mengikut logik PM, maka boleh disimpulkan bahawa komunis sekarang sudah tidak lagi menjadi pengganas, kerana itu komunis sekarang tidak lagi mendatangkan bahaya kepada negara.


Sekiranya rakyat mengikut logik PM yang bijak ini juga bermakna, mana-mana rakyat yang ingin menganut ideologi komunis sekarang tidak lagi dianggap bahaya dan bukan lagi ancaman kepada negara.

Mungkin atas logik tersebut juga rasanya, sebab utama beliau sedia berbesan dengan anak pemimpin  Kazakhstan, sebuah negara berfahaman komunis dan lama di bawah jajahan Rusia. 

Jika benar kenyataan Najib itu ikhlas, rakyat kini tetiba rasa hairan bilamana dalam ambang perhimpunan Bersih 2.0 baru-baru ini, mengapa pula kerajaan di bawah telunjuk beliau menahan enam pemimpin PSM dalam Akta Ordinan Darurat kerana tuduhan cuba menghidupkan fahaman komunis? 
Bukankah ini melanggar logik Najib sendiri?



Sebab kalau komunis sekarang tidak sama dengan komunis dahulu, kenapa pula mereka ditahan di bawah Akta Ordinan Darurat?

Seolah-olah kalau Umno yang mengadakan hubungan dengan komunis, maka komunis itu komunis baik; kalau parti lain “asalkan bukan Umno”, maka komunis itu komunis jahat. 

Maka, sesiapa yang nak mengadakan MoU dengan mana- mana kumpulan parti yang dianggap komunis, kena tanya Umno dahulu kerana hanya Umno dapat membezakan mana komunis baik, mana komunis yang bahaya.

Dan kalau nak tahu sesuatu negara itu dijajah atau tidak kena tanya pula Majlis Profesor Negara (setahu kita, negara lain tak ada majlis begini) atau mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad. Rasanya MPN dan Dr Mahathir sajalah yang tepat boleh menentukan siapa yang secara teknikalnya kena jajah, siapa negara yang naungi saja. Jajah secara zahir, di mana kekayaaan hasil bumi negara seperti bijih timah dirakus adalah tidak sah secara teknikal, maka sesiapa yang jawab sebegini dalam ujian Sejarah patut diberi markah kosong!

Bilamana MPN membuat kesimpulan bahawa negara tidak pernah dijajah, ini bermakna sesiapa yang lawan orang putih dulu, sebenarnya ia lawan orang Melayu.

Cuma kalau nak tahu orang Melayu ini bahaya ataupun tidak, ini pun kena tanya Umno dulu. Bomoh Umno akan telek dalam air pinang, dan umum untuk pengetahuan dunia adakah Melayu ini bahaya atau tidak.

Kalau Melayu itu  kehijau-hijauan, maka segala daripadanya adalah bahaya dan mengancam Umno, kalau Melayu tu kebiru-biruan maka ia Melayu yang baik, maka keistimewaan diberi - segala untuknya halal, bagi orang lain akan jadi haram.

Rasanya bukan rakyat sahaja, bahkan ahli-ahli Umno turut keliru dengan permainan politik pemimpin Umno yang sendiri melondehkan hipokrit sendiri di khalayak ramai.

Thursday, September 8, 2011

Forum Mat Indera - Pejuang Atau Pengkhianat Kemerdekaan(Part 1 - Part 8)

Forum Mat Indera 
Pejuang Atau Pengkhianat Kemerdekaan
(Part 1 - Part 8)


Mat Indera - Pejuang Atau Pengkhianat Part 1.


Mat Indera - Pejuang Atau Pengkhianat Part 2.


Mat Indera - Pejuang Atau Pengkhianat Part 3.


Mat Indera - Pejuang Atau Pengkhianat Part 4.


Mat Indera - Pejuang Atau Pengkhianat Part 5.


Mat Indera - Pejuang Atau Pengkhianat Part 6.


Mat Indera - Pejuang Atau Pengkhianat Part 7.


Mat Indera - Pejuang Atau Pengkhianat Part 8.


Terima Kasih Dari Kami -->PAS Cawangan Jengka 19<--



KAMI TETAP MENYOKONG

Tuesday, September 6, 2011

BUKU JINGGA&10 JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT(JIKA DIBERI KUASA)


.::PAKATAN RAKYAT UNTUK RAKYAT::.


>>>CLIK DI ATAS INI<<<




JANJI YANG AKAN DITUNAIKAN OLEH
PAKATAN RAKYAT
SOKONGLAH DEMI MASA DEPAN
KITA RAKYAT MALAYSIA

UNDI PAKATAN RAKYAT PAS-PKR-DAP