Sumbangan PASTI

Sumbangan PASTI

Friday, January 20, 2012

HARI BERSEJARAH BAGI PAS CAWANGAN(19.01.2012 KHAMIS)


SEMBOYAN BERBUNYI

Setelah sekian lama PAS Cawangan Jengka 19 berada di Felda ini... Hari ini PAS Cawangan telah menegakan sebatang tiang Bendera PAS berukuran 78 kaki...

Dengan laungan TAKBIR!!! Jentera PAS Cawangan menegakkan tiang bendera ini dengan kekuatan manusia dari Muslimim & Pemuda serta sokongan Muslimat Cawangan yang diberikan kekuatan Oleh ALLAH S.W.T...




Inilah Semangat Kami Warga PAS Cawangan... Ramai lagi yang tolong tetapi dah balik awal...



Alhamdulillah... Walaupun ada provokasi dari sebuah pihak Kami Dewan Pemuda PAS Cawangan(DPPC) tetap dengan pendiri kami... Kami DPPC menasihat sebuah pihak yang membuat provokasi janganlah bertindak mengikut nafsu, Berfikir secara Resional dan menggunakan Otak yang dikurniakan ALLAH S.W.T. untuk kebaikkan...



Justuru itu kami pihak PAS Cawangan menucapkan Ribuan Terima kasih kepada tuan rumah kerana memberikan tapak tanah untuk mendirikan tiang bendera ini...



Lawatan dan Sokongan Ketua Cawangan yang bersemangat sekali... Takbir!!!





[Tunggu Kami Naikkan Bendera PAS]

> KAMI SUNGGUH GEMBIRA WALAUPUN ADA YANG PAHIT <

JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA

Wednesday, January 11, 2012

BERSAMA PENDUDUK DALAM MINUM PETANG DI KEDAI KAK YAH


BANDAR JENGKA, 11 Jan: Para peneroka diberi pilihan sama ada memilih Pakatan Rakyat yang akan mendapat tanah, atau BN yang menyerahkan tanah Felda Plantation untuk penyenaraian saham yang berisiko tergadai kepada pihak lain.
Pengerusi Persatuan Anak Peneroka (Anak) Negeri Pahang, Yohanis Ahmad, memberi bandingan demikian kerana tawaran PR seperti terkandung dalam ‘Buku Jingga’ tanah Felda Plantation akan diagihkan kepada anak-anak peneroka dan golongan lain yang layak.
Tambahnya, sedangkan mencagarkan tanah untuk ‘permainan’ saham boleh menyebabkan tanah tersebut terlepas kepada pihak asing yang akan menguasai melalui pemilikan saham.
“Betul ada pemimpin yang menjanjikan durian runtuh apabila Felda melalui anak syarikatnya mahu disenaraikan di Bursa Kuala Lumpur, tetapi hakikat bermain saham ini bukan saja boleh untung besar tetapi juga boleh rugi besar.
“Kalau kita hilang lori mungkin boleh cari ganti, kalau hilang kedai sekalipun boleh beli lain tapi kalau hilang tanah sudah tentu tidak mudah untuk ditebus balik. Mungkin pemimpin yang menjanjikan keuntungan semata-mata tidak beritahu bahawa pemilikan saham boleh menyebabkan penjajahan baru.
“Kita bukan bercakap kosong cuba tengok apa jadi dengan syarikat Guthrie, IOI dan Golden Hope apabila disenarai di bursa saham. Begitu juga saham anak-anak syarikat kerajaan negeri.
“Sebab itu kita tengok di Thailand apabila bekas perdana menterinya Thaksin Shinawatra menjual saham telekomunikasi negara itu, rakyat bangkit dan memberontak. Itu saham telekomunikasi, ini pula tanah Felda Plantation seluas 360,000 ekar yang mahu dicagar,” katanya.
Yohanis berucap demikian dalam majlis Dialog dan Minum Petang Bersama Peneroka di Jengka 19, kelmarin.
Beliau mengulas tindakan kerajaan negeri memanjangkan pajakan 99 tahun tanah Felda Plantation dan usaha melupuskan aset Koperasi Permodalan Felda (KPF) kepada Felda Global Ventures Holding (FGVH) yang mahu disenaraikan dalam Bursa Malaysia.
“Sebab itu kita seru pihak kerajaan, daripada nak ambil untung bermain saham cagarlah benda lain tapi jangan tanah. Daripada tanah seluas itu terlepas kepada puak kapitalis atau pelabur asing, baiklah diagih kepada anak-anak peneroka untuk diusahakan,” katanya.
Beliau yang juga Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) PAS Pahang berkata, sebenarnya dasar Allahyarham Tun Razak dulu ialah memberikan tanah kepada orang Melayu sebab itu apabila dibuka saja Tanah Rancangan Felda akan diisi dengan peneroka.
Tambah Yohanis, tanah Felda Plantation juga pada asalnya mahu diisi dengan peneroka dan 10,000 orang telah ditemuduga. Tetapi pada waktu Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri tanah tersebut telah diusahakan syarikat oleh Felda melalui dasar penswastaan.
“Sebab itu teori kita mudah iaitu Umno nak jual tanah sedangkan PAS nak bagi tanah jadi pilihlah mana satu yang dihajati dalam pilihan raya akan datang.
“Ini penting difahami oleh semua supaya tindakan kita semua tidak menjahanamkan masa depan anak cucu kita pada masa akan datang,” ujarnya.

Monday, January 9, 2012

KENYATAAN TUAN GURU NIK AZIZ!!! Tiada parti diam diri jika ahlinya 'tidak senonoh'


KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan keputusan memecat Datuk Dr Hasan Mohd Ali semalam adalah perkara lumrah dalam parti dan tiada parti yang akan berdiam diri jika ahli-ahlinya bertindak "tidak senonoh."

“Tidak ada parti dalam dunia ini yang tidak memecat ahlinya yang tidak senonoh, benda ni perkara biasa, laki bini lagikan bercerai,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini hari ini.

Bagaimanapun Menteri Besar Kelantan ini berkata, Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak dan Exco Kerajaan Selangor boleh mengemukakan rayuan sekiranya berhasrat untuk berbuat demikian.

Perlembagaan Pas membolehkan tempoh 30 hari untuk mengemukakan rayuan kepada Setiausaha Agung dan ia akan dibincangkan oleh Majlis Syura.

Keputusan memecat Hasan dicapai pada mesyuarat jawatankuasa kerja Pas pusat semalam.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika mengumumkan perkara itu berkata, pemecatan itu dibuat berdasarkan Fasa 82(9) perlembagaan parti kerana dilihat tindakan Hasan merugikan kepentingan parti.

Hasan mengambil pendirian bercanggah dengan parti termasuk mempersoalkan konsep negara kebajikan yang diperkenalkan Pas, menuduh parti itu menyeleweng daripada perjuangan Islam serta yang terbaru, mempersoalkan kewajaran penyokong Pas hadir pada Kempen Bebaskan Anwar 901.

Thursday, January 5, 2012

BANER PASTI AN-NUR HAKIM


Baner Di Simpang Depan Jengka 19


Baner Di Simpang Masuk Masjid Jengka 19



Baner Di Simpang Masuk Markas PAS Jengka 19