Sumbangan PASTI

Sumbangan PASTI

Sunday, June 24, 2012

Benarlah ungkapan Tun Ghafar Baba pada Umno

TASEK GELUGOR: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata, apa yang pernah dinyatakan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba kepada Umno kini menjadi kenyataan.
Menurutnya, Tun Ghafar selepas bersara sering berkata bahawa 'Umno nampak saja besar macam gajah tapi kakinya lembik macam plastik' dan kini benar-benar terjadi apabila parti itu rosak akibat perbuatan pemimpin mereka sendiri.

"Kini apa yang dikatakan oleh Tun Ghafar Baba sudah jadi kenyataan. Umno nampak gah kerana adanya media dan wang ringgit tetapi pada hakikatnya parti itu menuju keruntuhan akibat perbuatan kepimpinan mereka sendiri, " terangnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di ceramah perdana anjuran PAS Kawasan Tasek Gelugor di Padang Awam, Kampung Jarak Atas semalam.

Menurut Mohamad, beliau masih ingat lagi perkataan tersebut, disebut berulang kali oleh Tun Ghafar semasa beliau dan Ahli Jawatankuasa PAS ketika itu, Haji Subky Latif menziarahinya yang terlantar sakit.

Kejatuhan Umno juga jelas Mohamad bakal disumbang oleh sikap pemimpin generasi baru parti itu yang dilihat sudah terpesong matlamat perjuangan mereka berbanding generasi terdahulu.

Sebab itu katanya, ramai dikalangan vateran Umno kini sudah sedar dan keluar dari Umno kerana kecewa dengan sikap pemimpin yang baru yang lebih mementingkan kedudukan berbanding kebajikan rakyat.

"Ramai dalam Umno sudah terpesong perjuangan bukan seperti orang veteran.  

"Ramai yang tidak tahu perit getir perjuangan yang diterokai, tahu-tahu sudah pegang jawatan yang di dalamnya kantong besar. Apa lagi berebutlah mereka mendapatkanya, " katanya.

Namun, beliau tetap memberi peringatan kepada selruh jentera Pakatan Rakyat agar tidak mengambil sikap selesa walaupun Umno diibarat gajah berkaki plastik.

"Macam Tun Ghafar kata, istilah gajah yang ditujukan kepada Umno nyata besar tapi ingat kaki dia plastik.  

"Jadi kita kena ambil api dan layangkan kepada kaki plastik tersebut tentu jadi lembut dan akhirnya gajah yang besar rebah ke bumi," katanya.    Via - HarakahDaily

Tuesday, June 19, 2012

SURAT PERJANJIAN DEDAH PEMBOHONGAN NAJIB, ISA SAMAD

KUALA LUMPUR 7 Jun: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad telah berbohong dengan menyatakan tidak ada seinci tanah peneroka terlibat dalam proses penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia.

Katanya, pembohongan itu dibuktikan pada lampiran perjanjian pajakan tanah yang ditandatangani di antara Felda dan FGV bertarikh 1 November 2011. 
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, prospektus penyenaraian FGV dengan jelas menunjukkan bahawa pegangan peneroka dan kakitangan Felda di dalam syarikat tersebut hanyalah 5.5 peratus sedangkan sejumlah besar saham diperuntukkan kepada syarikat asing dan individu bukan Bumiputra.

“Pendedahan perjanjian ini mengesahkan bahawa semua tanah tidak bergeran di dalam penempatan Felda seluruh negara telah pun dipajakkan ke sebuah syarikat yang dimiliki secara majoriti oleh pelabur swasta. Sedangkan tanah-tanah ini menjadi nadi aktiviti kemasyarakatan ekonomi warga Felda.


“Pendedahan ini juga jelas membuktikan (Datuk Seri) Najib dan Tan Sri Isa Samad berbohong apabila mereka menyatakan tanah-tanah yang melibatkan warga Felda tidak dipajakkan dalam proses penyenaraian FGV. BN telah memajakkan TRM yang dianggarkan seluas 105,382 ekar kepada FGV yang disenaraikan,” katanya dalam satu kenyataan.


Justeru, Rafizi menggesa Najib memberi jaminan kepada peneroka supaya tanah mereka tidak akan tergadai suatu hari nanti.


“Apakah jaminan Najib dan Isa bahawa tanah-tanah ini tidak dijual satu masa kelak, atau kegunaannya diubah dan tidak lagi mengutamakan kebajikan warga Felda? Apakah jaminan bahawa kedai-kedai runcit yang didirikan di atas tanah tidak bergeran ini suatu hari nanti tidak akan dirobohkan oleh FGV?


“Ini menimbulkan persoalan penting status tanah-tanah ini kerana ia kini dimiliki dan kuasai oleh syarikat yang tidak dikuasai Bumiputra, lalu bertentangan dengan undang-undang TRM yang mengekalkan hak milik di tangan Melayu,” ujarnya.


Sebelum ini, Najib dilapor menegaskan tanah hak milik peneroka tidak terlibat dalam penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia. 
Beliau berkata, hanya tanah-tanah kerajaan negeri yang akan terlibat dalam penyenaraian tersebut dan menolak dakwaan tanah peneroka akan tergadai.

Tambahnya, tanah-tanah kerajaan negeri yang terlibat adalah tanah yang diberi hak memajukan kepada Kerajaan Persekutuan seperti peruntukan dalam Akta Kawasan Tanah Berkelompok (GSA 1960) yang selama ini diurus oleh Felda Plantations. - keadilandaily