Sumbangan PASTI

Sumbangan PASTI

Wednesday, August 29, 2012

Utusan diperintah bayar gantirugi lagi


KUALA LUMPUR: Akhbar Umno, Utusan Malaysia, sekali lagi diperintah oleh Mahkamah Tinggi agar 
membayar ganti rugi ekoran saman malu. Kali ini kepada bekas MB Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin (gambar).

Peguam Nizar, Mohd Zamri Ibrahim berkata, mahkamah membuat keputusan 'interlocutary' hari ini apabila akhbar itu tidak diwakili oleh sebarang peguam.

Sehubungan itu, Pendaftar Mahkamah, Mazuliana Abdul Rashid meminta Zamri memfailkan anggaran gantirugi yang perlu dituntut dari utusan.

"Kita diarahkan agar memfailkan taksiran ganti rugi dan selepas itu barulah tarikh ditetapkan untuk pendengar taksiran berapa ganti rugi bagi kes tersebut," katanya kepada media di lobi mahkamah.

Menurutnya lagi pada waktu pendengaran tersebut barulah ditetapkan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar oleh Utusan Malaysia.

"Penghakiman telah kami perolehi dan sekarang hanya perlu failkan taksiran ganti rugi," sambung beliau lagi.

Mahkamah juga akan membuat keputusan terhadap saman Nizar kepada TV3 dalam kes yang sama 19 September ini.

Nizar menyaman Utusan dan TV3 ekoran laporan tidak tepat berkaitan dengan isu pendaftaran kereta WWW 1.

(Nizar bersama peguamnya, Zamri [kiri]  dan Fitri)

Saman terhadap kedua-duanya difailkan ke Mahkamah Tinggi Julai lalu selepas tuntutan agar ianya ditarik balik tidak diendahkan oleh kedua-dua media itu.

Utusan pula sejak dari awal tidak mengendahkan saman yang dikemukakan oleh Nizar ini.

Ini menyebabkan hakim membuat keputusan hari ini selepas peguam Utusan tidak pernah datang untuk membelanya.

Peguam TV3 pula telah memfailkan afidavit pembelaannya dan akan diputuskan oleh Mahkamah 19 September ini.


Nizar Syukur



Nizar ketika dihubungi mengucapkan syukur atas kemenangan kes ini dan yakin ia adalah rentetan peristiwa yang membuktikan akhbar Umno ini tidak layak dibaca.

"Sebelum ini (Datuk) Mahfuz menang, Lim Guan Eng Menang, wartawannya minta maaf kepada Karpal.

"Jadi ada apa lagi pada akhbar ini sehingga ia perlu dibaca oleh rakyat negara ini.

"Saya akan mencadangkan kepada ulama kita agar meminta rakyat jangan lagi beli atau baca akhbar fitnah ini," kata Nizar kepada Harakahdaily.

Kes ini bagi beliau sesuai dengan kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa BN adalah syaitan yang dikenali.


RM50 juta


Nizar juga berkata, beliau akan berbincang dengan para peguamnya untuk menentukan ganti rugi dan kos yang patut dituntut dari Utusan.

"Semasa kita failkan kes ini, kini menuntut gantirugi RM50 juta. Selepas ini kita akan kajilah berapakan gantirugi yang sewajarnya selepas keputusan mahkamah ini," kata beliau.

Nizar diwakili oleh peguam Mohd Zamri Ibrahim dan Mohd Fitri Asmuni dari Asmuni & Co manakala Utusan tidak diwakili sebarang peguam sejak kes ini difailkan. - HarakahDaily

Tuesday, August 7, 2012

Haram jadah: 8 peneroka saman Najib

TEMERLOH: Seramai lapan orang peneroka dari sekitar Jengka hari ini memfailkan saman terhadap
 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi Temerloh kerana ungkapan menghina ‘haram jadah’ terhadap mereka.

Saman tersebut difailkan setelah notis tuntutan maaf dan minta ditarik balik perkataan tersebut yang telah diserahkan kepada Najib selaku defendan, tidak diindahkan dan tiada sebarang respons.

Dalam writ saman tersebut Samat Yusof, Alias Ibrahim, Idris Mat Sah, Syed Jamaluddin Muhamed, Abdul Rahim Abdul Rahman, Rosdi Ismail, Abdullah Mohd dan Rakiah Sulong selaku plaintif mendakwa Najib mengeluarkan perkataan menghina itu pada 8 Mei lalu di Jengka 8.

Sedangkan Najib mengetahui ungkapan menghina yang dibuat di hadapan lebih 40 ribu yang hadir di majlis mengumumkan durian runtuh itu dan liputan media boleh mempengaruhi memandangkan beliau pemimpin tertinggi negara.

Bagi mereka ungkapan haram jadah itu amat mengaibkan kerana membawa maksud mereka anak luar nikah, pengkhianat dan tidak bermaruah sehingga dianggap tidak layak menerima durian runtuh.

Ungkapan bermaksud menghina itu turut menyuburkan perasan buruk sangka dan permusuhan sesama masyarakat Felda mengakibatkan plaintif telah dipulaukan, dicemuh dan menjadi sasaran berita negatif oleh media sepanjang agihan durian runtuh.

Akibatnya, kredibiliti, reputasi dan nama baik plaintif telah tercemar teruk dan dibenci ramai sehingga membuatkan plaintif membuat laporan polis pada 7 Jun yang lalu.

Sehubungan dengan itu, melalui saman hari ini, plaintif menuntut ganti rugi am dan khas seperti mana ditaksirkan mahkamah, ganti rugi teruk, faedah lima peratus dan kos guaman.

Semua plaintif diwakili oleh peguam Mohd Harris Abdullah dari The Law Office of Mohd Harris.

Sementara itu Harris berkata, pihaknya akan menunggu untuk tindakan lanjut dalam tempoh 14 hari sama ada pihak defendan akan memfail mengenepikan saman atau meneruskan pebicaraan.

Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka (Anak) Mazlan Aliman turut hadir bersama kira-kira 50 peneroka menyokong tindakan saman ke atas Najib hari ini.

Mazlan berkata, jarang berlaku rakyat menyaman Perdana Menteri atas ungkapan bahasa yang kesat dan menghina jadi kes ini merupakan satu catatan sejarah, katanya. - HarakahDaily

" Katakan Tidak Kepada HaramJadah "