Sumbangan PASTI

Sumbangan PASTI

Wednesday, February 27, 2013

Manifesto Pakatan Rakyat mesra anak muda

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat 10 perkara penting yang ditekankan di dalam manifesto Pakatan Rakyat (PR) adalah bagi tawaran kepada anak muda khasnya dan rakyat amnya untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ini nanti.

“Ianya sudah tentu bagi menjamin peranan dan keperluan anak muda di era perubahan dan keyakinan atas sokongan kepada PR bagi membina Negara yang lebih berprinsipkan keadilan dan berkebajikan,” ujar Naib Ketua DPPM, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss(gambar).

Katanya, antara intipati yang menarik yang boleh dikongsi bersama anak muda adalah jaminan PR untuk memastikan 1 juta peluang pekerjaan baru untuk rakyat khasnya.

Malah, ujarnya penekanan bagi perlaksanaan gaji minima juga diambil berat dan penubuhan tabung dengan peruntukan RM2 bilion bagi permudah pelaksanaan gaji minima.

Tambahnya lagi, antara penekanan lain juga adalah untuk memastikan 1 juta tenaga kemahiran terlatih dari kalangan lepasan sekolah diwujudkan.

PR juga, ujar beliau melihat perlunya universiti teknikal di negara ini dan akan menyediakan lima buah universiti tersebut.

“Penyediaan latihan kepada 1 juta belia dan lepasan sekolah akan dirangka oleh kerajaan PR jika diberikan mandat oleh rakyat kelak, malah penyediaan 25 sekolah vokasional juga sebahagian daripada perancangan untuk generasi belia dalam negara kita,” katanya lagi.

Beliau menambah, bagi rumah mampu milik juga menjadi fokus utama untuk semua lapisan masyarakat dan golongan anak muda yang telah mendirikan rumah tangga juga mengisi keperluan tersebut.

Selain itu, ujarnya PR bersedia untuk melihat dasar automotif yang akan menguntungkan rakyat khasnya bagi tujuan keperluan kenderaan.

“Malah PR juga berjanji agar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dihapuskan. Penumpuan ke atas pakej pengajian dan perkhidmatan awam juga dipastikan bagi kemudahan dalam negara kita.

“Kami yakin pengisian di atas manifesto PR akan menjamin dan memelihara Negara kita agar lebih berdaya saing dan menjadi negara maju di masa hadapan,” katanya.

Tambah beliau lagi, ia juga mengisi kehendak dan peranan yang dimainkan oleh generasi muda khasnya yang menjadi aset penting di dalam negara kita. - HarakahDaily

Monday, February 25, 2013

TG Nik Aziz aset terbesar Pakatan - Anwar


(Pemimpin utama PAS, PKR dan DAP di Konvensyen Pakatan Rakyat ke - 4 hari ini)

SHAH ALAM: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan rekod kepimpinan yang ditunjukkan Tuan Guru Datuk Nik Aziz selama 22 tahun di Kelantan adalah aset terbesar Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya.

Bagi beliau, intergriti dan good governance yang ditunjukkan Tuan Guru Nik Aziz selama 22 tahun mentadbir Kelantan membuktikan kehebatan kepimpinan yang ada pada Pakatan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan di Konvensyen Pakatan Rakyat ke 4 di Pusat Konvensyen Shah Alam tengahari tadi.

Kata Anwar, tidak ada mana-mana pemimpin di rantau sebelah sini yang boleh mengatasi kehebatan Tuan Guru Nik Aziz dari segi intergritinya.

Anwar juga berkata, Pakatan Rakyat juga berbangga dengan kepimpinan yang ditunjukkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Guan Eng hebat dari segi kecekapan dan ketelusan yang ditunjukkan oleh kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin beliau.

"Beliau juga sanggup mengaku kelemahannya untuk memahami keperluan Melayu Pulau Pinang.

"Selepas kita beritahu, dia telah memperuntukkan setengah bilion ringgit (RM500 juta) untuk perumahan di Pulau Pinang," kata Anwar.

Anwar juga berkata, Pakatan Rakyat sangat berbangga dengan kehebatan yang ditunjukkan oleh kerajaan negeri Selangor yang ditadbir oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Dengan perancangan yang dibuat oleh Khalid, lihatlah apa yang dikecapi oleh rakyat Selangor sekarang," kata Anwar dalam ucapannya memuji kehebatan Khalid dalam membangunkan ekonomi Selangor. - HarakahDaily

Sunday, February 24, 2013

4 kali ramalan tarikh bubar parlimen terlepas


KOTA BHARU: Sudah empat kali ramalan tarikh pembubaran parlimen terlepas begitu sahaja. Terakhir seperti disebut ramai 22 Febuari juga tidak menjadi kenyataan.

Tiba-tiba hari ini Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berkata pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) belum diumumkan kerana kerajaan mahu dasar transformasi negara benar-benar terbukti berjaya.

"Sebab itulah saya tunggu sampai kita letih hendak buat PRU, kita tunggu kerana saya hendak buktikan dasar transformasi negara benar-benar berjaya," katanya ketika melancar projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Seremban Sentral di Seremban hari ini.

Persoalannya sejuah mana kenyataan Perdana Menteri itu mempunyai asas yang kuat atau ada sesuatu di sebaliknya.

Bagaimananpun bagi Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasuruddin Hassan Tantawi(gambar) bukan isu transformasi yang menyebabkan Perdana Menteri sering kali menukar pelan tarikh pembubaran parlimen.

“Sebenarnya ada perkara lain yang membuat Datuk Seri Najib menjadi serba salah. Sebelum ini ura-ura parlimen hendak dibubar pada Febuari 2012, namun tidak menjadi kenyataan mungkin ada kaitan Himpunan Bersih 3.0.

“Kemudian ditukar pula kepada April 2012, namun tidak juga menjadi kenyataan kerana kebangkitan rakyat pada Himpunan Hijau.

“Maklumat ini bukan kita dapat di tepi jalan sebaliknya sumber dalaman Umno sendiri. Kita pun ada agen dalam Umno,” katanya pada ceramah isu semasa di markas Unit Peti Undi Lundang di sini malam tadi.

Hadir sama artis hijrah, Hairie Othman, bekas Pengarah Jabatan Penerangan Sabah, Hamid Omar, Ketua Penerangan PAS Kota Bharu, Nor Azariza Alawi, pengarah pilihan raya, Azahari Ab Rahman dan Timbalan Pengerusi MTD Bunut Payong, Abdul Razak Mamat.

Nasruddin berkata, kemudian khabar angin tarikh pembubaran parlimen ditunda kepada Disember, namun tidak menjadi realiti selepas kehadiran lautan manusia pada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka.

“Sumber Umno pula menyebut pada 22 Febuari akan dibubar, namun terlepas begitu sahaja. Mengapa. Mungkin ada kaitan dengan kajian Merdeka Centre dan Universiti Malaya yang memperlihat kedudukan BN tergugat.

“Kebangkitan rakyat begitu jelas sekali. Pada awal 1990 ceramah PAS di Johor hanya dihadiri beberapa orang sahaja, namun sekarang sambutan begitu hangat.

“Begitu juga di Sabah pada awal 1990-an penduduk di sana menganggap lambang PAS seperti bola pingpong. Namun sekarang penerimaan rakyat begitu mendadak,” ujarnya.

Menurutnya pada program terbaru yang diadakan di Sabah minggu lepas kehadiran rakyat sehingga penuh dewan, dan ada anak muda yang datang membawa gitar. - HarkahDaily

Saturday, February 23, 2013

Team pertahan nama 'Allah' Perkasa


(Inilah gambar-gambar pasukan yang mahu pertahankan nama Allah)

KUALA LUMPUR: Kisah Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) mahu menubuhkan satu team untuk mempertahankan kalimah 'Allah' kini menjadi fenomena dalam Facebook.

Ia terjadi demikian apabila gambar-gambar peserta pasukan ini menjadi kegilaan pelbagai pihak untuk dikongsikan di facebook mereka.

Ketika dibaju mereka tercetak logo skuad mempertahankan nama 'Allah' ini, mereka sendiri menghina Allah dengan kelakuan mereka.

Ada yang naik motor berpasangan, ada yang memakai baju dan seluar ketat dan tidak kurang yang berpoya-poya ke sana-sini dengan baju yang tercetak logo tersebut. - HarakahDaily

Friday, February 22, 2013

Kempen sifar pembangkang: Adnan ikut jejak Khir Toyo

KUANTAN: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang pernah berjanji akan potong telinga dan terjun Sungai Pahang sekiranya parlimen Bentong jatuh ke tangan DAP melaungkan kempen sifar pembangkang di negeri kelahiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Adnan dilihat mengikut jejak bekas Menteri Besar Selangor Mohd Khir Koyo sebelum pilihanraya umum ke-12 pada tahun 2008 yang lalu menggunakan kempen yang sama ‘sifar pembangkang’.

Dipetik Bernama, Adnan berkata beliau yakin Barisan Nasional (BN) dapat menguasai semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Pahang pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Tatkala rakyatnya di Bera, Temerloh dan Jengka masih merintih ketiadaan bekalan air yang konsisten dan jalan yang sempit menghubungkan antara negeri, Adnan mendakwa rakyat Pahang mahukan kemenangan mutlak BN di 14 kerusi Parlimen dan 42 kawasan Dun di Pahang.

Pada masa ini BN mempunyai 12 kerusi Parlimen dan 38 Dun.

Apakah sifar pembangkang ini akan dapat dijayakan Adnan di Pahang, termasuk Bentong, insurannya supaya telinga beliau tidak perlu digadaikan?

Rakyat Pahang bakal menentukan. Ini kerana, rakyat Selangor telah menentukan nasib Khir Toyo selepas MB Selangor itu membuat kempen sifar pembangkang di Selangor menjelang pilihan raya umum 2008 lalu.

Sebelum ini, Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru rakyat Pahang yang berada di perantauan, terutamanya anak peneroka untuk pulang mengundi dan menjadi agen penyelamat kepada Felda dan harta Melayu.

“Anak peneroka harus menjadi agen perubahan dan penyelamat Felda dan harta orang Melayu. Mereka kena balik mengundi dan pastikan maklumat mengenai penyelewengan di Felda yang ditutup di media massa sampai ke tangan ahli-ahli keluarga mereka,” kata beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat. - 

Wednesday, February 20, 2013

PRU13: Tidak mustahil PR menang di kawasan Felda



KUALA LUMPUR: Tidak mustahil kebanyakan kawasan Felda jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kata pensyarah Sains Politik dan Kajian Politik Malaysia Universiti Teknologi Malaysia (UiTM), Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin (gambar kiri).

Beliau berkata, jika melihat sejarah PRU Ke-10 pada tahun 1999, peneroka Felda, petani dan pesawah pernah memilih Barisan Alternatif (BA) menunjukkan mereka bukan pengundi tegar BN.

"Kalau lihat sejarah, Jengka pernah kalah. Mungkin isu pada ketika itu berbeza, isu harga kelapa sawit terlalu rendah dan sebagainya.

"Tapi sekarang isu itu masih ada, isu penyenaraian saham, harga kelapa sawit rendah dan sebagainya. Jadi semua isu itu memberikan kesan walaupun pelbagai kaedah dilakukan untuk pertahankan institusi tersebut.

"Tapi saya yakin kalau ianya pernah berlaku tak ada masalah untuk ianya berlaku sekali lagi," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan seorang peserta yang mempersoal kemampuan Pakatan Rakyat meraih sokongan peneroka terhadap mereka pada Forum PRU Ke-13: Kecemerlangan BN atau PR di Universitii Malaya, semalam.

Pada PRU Ke-10, BA menang di lapan kerusi Dun iaitu PAS (6), DAP (1) dan PKR (1).

Lima daripadanya adalah kawasan Felda iaitu Jengka, Paya Besar, Tahan, Guai dan Chini.

Daripada 10 pusat pengundian, PAS memenangi enam daripadanya iaitu peti undi Jengka 11,15,17,18, 19 dan Bandar Jengka. - HarakahDaily

Monday, February 18, 2013

PAS Pahang lancar Kempen Tanah Untuk Rakyat



KUALA LIPIS: Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam melancarkan Kempen Tanah Untuk Rakyat yang digerakkan selama sebulan untuk menangani permasalahan tanah yang tertunggak dan terabai sejak puluhan tahun.

Pada majlis yang diadakan di Taman Bakti, Padang Tengku itu, turut diedarkan borang aduan tanah di mana sebanyak 200 borang habis dalam masa yang singkat.

Borang tersebut akan diproses dan diambil tindakan oleh Sekretariat Bertindak Tanah PAS Pahang yang baru ditubuhkan.

Tuan Ibrahim berkata, sekretariat tersebut ditubuhkan susulan tawaran Pakatan Rakyat (PR) Pahang yang menyediakan lot-lot kediaman, tanah kebun dan tanah ladang Felda Plantation yang telah diumumkan semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau Disember lalu.

Sebelum ini rakyat negeri Pahang dikatakan menghadapi masalah birokrasi ketika berurusan memohon tanah yang telah diusahakan, mereka terpaksa menempuh antara 20 ke 30 meja di pejabat tanah, Pengarah Tanah dan Galian (PTG) serta Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Akibatnya, untuk pelupusan tanah kerajaan difahamkan terpaksa memakan masa antara 10 hingga 20 tahun. Turut menjadi rungutan ialah prosedur pembangunan tanah seperti pindah milik urusniaga hartanah, tukar syarat, pecah sempadan dan pecah lot yang dikatakan setakat ini memakan masa dua hingga tiga tahun.

“PR akan selesaikan semua masalah berkaitan tanah dan permudahkan semua urusan sebaik saja diberi mandat memerintah negeri ini,” kata Tuan Ibrahim selepas menerima borang aduan daripada yang hadir.

Sementara itu, Pengarah Sekretariat Bertindak Tanah PAS Pahang Yohanis Ahmad, berkata borang aduan tanah boleh dimuat turun dari blogtanahrakyat.blogspot.com dan kempen tersebut akan berjalan selama sebulan.

Selain borang, semua permasalahan juga boleh diemelkan kepadaaduantanah@gmail.com  - HarakahDaily

Akta GSA tidak halang sesiapa masuk Felda

Cerita konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda yang disekat oleh kumpulan proUmno di pintu masuk di Jengka 23 dan Jengka 11, masih lagi menjadi bualan hangat di Pahang.

Kes ini tidak dapat dielakkan daripada menjadi perhatian umum, kerana ia merupakan fenomena dan perkembangan baru dalam negara ini. Tragedi ini belum pernah terjadi si sini. Kepada mereka, apakah Felda sudah menganggap ia sebagai ‘wilayah baru’ sehingga tidak boleh lagi sewenang-wenangnya dimasuki?

Sebenarnya tidak ada sebarang hujah konkrit kenapa mereka tergamak menghalang Kembara Oren yang berhasrat menjelaskan isu-isu mutakhir Felda. Sehinggalah baru-baru ini tersiar di sebuah akhbar, Pengerusi JKKR Jengka 23, Sulaiman Bakar mendakwa sebagai tuan rumah mereka berhak menghalang Kembara Oren dari memasuki penempatan Felda mereka.

Sulaiman yang juga Pengerusi Gabungan JKKR Felda Wilayah Jengka mendakwa, pengurus Felda berkuasa penuh ke atas sesebuah tanah rancangan termasuk menyekat apa yang mereka mahu berdasarkan Seksyen 34, Akta Penempatan Berkelompok (GSA) 1960.

Apabila diajukan persoalan itu kepada peguam Ahmad Nizam Hamid dari Tetuan Sazali & Lim, beliau menafikan sama sekali seksyen dan akta tersebut berhak melarang seseorang memasuki kawasan Felda.

Habis, siapa yang mengajar ‘orang tua’ itu berhujah menghalalkan tindakan menyekat Kembara Oren dengan Seksyen 34 itu?

“Kita simpati kepada kepada Osman Bakar, mana dia tahu tentang Seksyen 34 akta tersebut. Saya percaya dia sendiri tak faham, akta tersebut dalam bahasa Inggeris. Jadi sudah tentulah ada orang memberitahu dia tentang perkara yang tidak wujud itu,” kata Nizam.

Kata Nizam seksyen tersebut berbunyi “The State Authority may permit the Development Authority to develop any State land as a group settlement area; and for that purpose the State Authority may make an agreement with the Development Authority relating to the following matters”.

Maksudnya, Seksyen 34 ini memberi kuasa kepada pihak berkuasa negeri untuk membenarkan mana-mana agensi bagi memajukan tanah untuk bagi dimasukkan ke dalam penempatan berkelompok.

“Jadi tidak ada langsung disebutkan tentang kuasa pengurus berhak menghalang mana-mana kumpulan daripada memasuki tanah rancangan itu. Malah saya sudah semak, keseluruhan Seksyen 34 yang mengandungi empat fasa itu tidak langsung menyebutkan hal berkenaan.

“Malah, tindakan tersebut bercanggah sama sekali dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang memberikan hak kepada warganegara ini bebas ke mana-mana tanpa sekatan,” ujarnya.

Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang tertinggi yang dipakai di negara ini. Dalam Artikel 9 disebutkan setiap rakyat diberi hak dan kebebasan bergerak dalam Persekutuan dan dilindungi perlembagaan.

“Setiap rakyat diberi hak bergerak ke mana sahaja termasuk Oren. Artikel ini membolehkan warganegara pergi ke mana saja kecuali tempat larangan atau ketika berlaku darurat atau perintah berkurung, buang daerah atau kawasan larangan contohnya kem tentera,” kata Nizam (gambar).

Tambahnya, penempatan Felda tidak pernah diwartakan sebagai kawasan larangan. Justeru tindakan menyekat amat bercanggah sama sekali.

Terdapat juga desas desus mengatakan bahawa pihak tertentu dalam Felda telah mengeluarkan arahan khas supaya individu atau kelompok tertentu hendaklah dihalang daripada memasuki kawasan Felda.

Sebelum ini ramai peneroka yang mengadu apabila pihak pengurusan Felda setempat mahu membatalkan ceramah atau program Pakatan Rakyat, lazimnya mereka akan berselindung di sebalik Akta GSA Seksyen 34.

Mengenai laporan polis yang dibuat oleh pihak proUmno dan Felda bagi menghalang Kembara Oren, Nizam berkata ia juga tidak terpakai.

(Tragedi Felda Bukit Rokan apabila peserta kembara di pukul)

Katanya, yang boleh menyekat ialah jika terdapat arahan mahkamah. Itupun jika terdapat bukti-bukti bahawa kemasukan Kembara Oren mahu melakukan jenayah.

Beliau memberi contoh, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub pernah mendapat waran mahkamah supaya tidak dibenarkan menjejakan kaki ke Kuala Lumpur semasa Bersih 2.0 tetapi akhirnya kedua-duanya memenangi kes berkenaan baru-baru ini.

Manakala tindakan pasukan Rela sendiri yang bersekongkol dengan kumpulan yang menyekat dan bertindak melakukan provokasi di Felda Jnegka 23 dan Jengka 11, Nizam menganggap ia melanggar undang-undang.

“Rela sebagai pihak penguatkuasa yang memelihara ketenteraman tidak sepatutnya melakukan tindakan menyokong sesebuah parti politik begitu. Sepatutnya berkecuali dan tidak boleh melepasi undang-undang negara,” tegasnya.

Nizam berkata, tragedi yang berlaku di Felda Felda Bukit Rokan Utara lebih malang lagi kerana peristiwa berdarah itu sepatutnya tidak terjadi.

“Saya difahamkan pihak polis ada tetapi tidak menghalang perbuatan kumpulan proUmno yang membuat sekatan di jalan besar (federal road). Itu bukan langsung hak mereka untuk menghalang mana-mana warganegara memasuki mana-mana kawasan.

“Polis tak ambil tindakan itu salah sebenarnya. Jika polis gagal menghalang seperti ini ia memberi isyarat yang silap kepada rakyat. Kesan dan akibat buruk selepas ini ialah sesiapa yang tidak suka kepada seseorang atau sesuatu kumpulan, mereka boleh sekat sesorang di tengah jalan,” tegasnya.

Nizam berkata, sekatan terhadap Kembara Oren baginya tindakan yang sangat bertamadun dan satu lagi episod malang kepada demokrasi Malaysia kerana merampak hak rakyat yang fundemental.

“Seruan saya kepada mana saja kelompok terutamanya Oren Selamatkan Felda, teruskanlah perjuangan merebut kembali hak asasi kita. Kami barisan peguam bersedia turun mempertahankan hak kita bersama yang dibenarkan di sisi undang-undang,” katanya. - HarakahDaily

" Video - Keterangan Bersama Peguam "

Sunday, February 17, 2013

Pemimpin PR disambut hebat, tak kisah Najib


KAJANG: Buat kali pertama sejak Merdeka, seorang Perdana Menteri menjejak kaki ke rumah terbuka
 anjuran pertubuhan pendidikan Cina, Dong Zong, dalam usaha Barisan Nasional untuk menawan hati pengundi berketurunan Cina yang sebelum ini tidak begitu dipedulikan.

Datuk Seri Najib Razak menghadirkan diri di selama kira-kira setengah jam di padang Pusat Pengajian Tinggi Dong Jiao Zong di sini hari ini. Beliau menyertai acara menggaul yee sang bersama pemimpin Cina dan menonton persembahan kebudayaan.

Namun, Najib meninggalkan acara tersebut tanpa memberi sebarang ucapan atau membuat pengumuman peruntukan berjuta-juta ringgit seperti yang sering dilakukan sekarang dalam kempen pilihanraya umum tidak rasmi Umno BN.

Sebaik saja Najib meninggalkan majlis, ribuan hadirin memberi sambutan besar-besaran kepada barisan pimpinan Pakatan Rakyat walaupun Dong Zong tidak menyediakan permaidani merah atau tarian singa untuk mereka.

Ketibaan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang bersama wakil-wakil rakyat DAP Tan Kok Wai dan Charles Santiago disambut meriah, begitu juga dengan kehadiran Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Sambutan paling hangat diberikan oleh hadirin untuk mengalu-alukan kehadiran Ketua Pembangkang Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dengan secara spontan mengangkat sepanduk asal ‘I Love PM’ (Saya sayang Perdana Menteri) yang ditambah ayatnya menjadi ‘I Love new PM Anwar’ (Saya sayang Perdana Menteri Baru, Anwar).

Reaksi tersebut memperlihatkan penolakan kuat masyarakat Cina terhadap kepimpinan Najib  dan kesediaan mereka untuk menerima Ketua Umum Keadilan itu sebagai Perdana Menteri menjelang pilihanraya umum tidak lama lagi.

Minggu lalu Najib Razak dimalukan di Pulau Pinang apabila tiga kali mendapat jawapan negatif “no” (tidak)  ketika bertanya sama ada rakyat Pulau Pinang bersedia untuk menerima BN dalam PRU akan datang, sewaktu majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran BN Negeri. - HarakahDaily

Saturday, February 16, 2013

Demo: Lakonan hebat pencacai Umno terbongkar



KUALA LUMPUR: Lakonan hebat pencacai Umno Melaka terbongkar lagi. Kali ini pencacai Umno menyamar sebagai ahli PAS dan berdemo di Masjid Selat adalah lawak yang hebat.

Demikian ulasan blogger addin77. Ulasan beliau seterusnya seperti di bawah.

Sudahlah gaya pun tak ada macam ahli PAS, buat demo di masjid yang terpencil dari orang ramai. Dihadiri tak sampai sedozen penyokong. Lawak hebat dari pencacai Ali Rustam.
Buat pencacai-pencacai.. lain kali nak buat demo biarlah nampak real baru lah orang percaya. Untuk makluman pencacai, dari maklumat Addin terima.. tiada arahan demo oleh pimpinan PAS Melaka kepada ahli-ahlinya untuk buat demo.

So.. confirmlah!! yang buat demo ni adalah pencacai Umno.. Satu lagi yang pelik, pencacai-pencacai ni tutup muka? Takut penyokong PR dapat kesan identiti-identiti pencacai tegar ni ke.. - HarakahDaily

Friday, February 15, 2013

112 lokasi di Selangor nikmati WiFi percuma

KUALA LUMPUR: Masyarakat sekitar Bandar Baru Salak Tinggi kini boleh mengakses internet secara percuma selepas Kerajaan Negeri memasang internet jalur lebar (WiFi) percuma di sini.

WiFi ini dipasang di Pusat Penjaja Taman Seroja di sini dan telah dilancarkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam.

Program yang dinamakan WiFi Selangorku ini adalah di bawah peruntukan Geran Selangorku manakala Bandar Baru Salak Tinggi adalah antara 112 lokasi WiFi percuma yang dirancang dipasang seluruh Selangor.

Abdul Khalid dalam ucapannya berkata, sebanyak RM2.74 juta diperuntukkan untuk projek ini dengan kerjasama syarikat-syarikat swasta yang diadakan melalui tender terbuka.

“Pelbagai projek diperuntukan melalui Geran Selangorku seperti projek infrastruktur jalan, gelanggang futsal serta penyediaan WiFi percuma ini supaya kita mahu seluruh rakyat Selangor dapat menikmati kemudahan teknologi maklumat,” katanya dipetik Selangorku.

Tambah beliau, semua kawasan yang dikenalpasti sebagai ‘HotSpot’ WiFi Selangorku akan siap dipasang akhir Mac ini.

“Kawasan luar bandar akan menjadi tumpuan pemasangan WiFi ini yang juga digunakan untuk menyalurkan maklumat kepada rakyat bagi mendapatkan maklumat mengenai Kerajaan Negeri yang boleh didapati melalui portal TVSelangor,” katanya.

Sementara itu, WiFi Selangorku ini berkelajuan 2 Megahertz(MHz) dan liputan minima boleh dicapai berkeluasan 200 meter serta had capaian selama 30 minit bagi setiap 100 orang pengguna pada satu-satu masa. - HarakahDaily

Thursday, February 14, 2013

Serangan di Pekan tidak patah semangat mahasiswa

KUALA LUMPUR: Kejadian mahasiswa diserang samseng di Parlimen Pekan tidak mematahkan semangat Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) meneruskan program bertemu rakyat.

Pengerusi GM13, Syis Abd Kadir berkata, mahasiswa tidak sesekali mahu bermusuh dengan rakyat sebaliknya ingin menyampaikan harapan mereka kepada rakyat khususnya di Pekan yang merupakan kawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Pendirian GM13 jelas iaitu tidak mahu bermusuh dengan rakyat dan kami akan meneruskan program seperti yang dijadualkan.

"Kami akan cuba pergi ke tempat-tempat di Dun di Pekan dan kalau dihalang, kami berundur. Kami bukan pergi untuk bergaduh," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Pagi semalam, dua siswa dan dua siswi dari kumpulan GM13 diserang dengan parang oleh samseng di Felda Chini 4.

Kumpulan itu diserang ketika mengedar risalah dan surat ‘Harapan mahasiswa untuk rakyat Pekan’ dari rumah ke rumah di kawasan Felda berkenaan pada jam 11 pagi.

Pada hari Selasa sebelumnya, seorang aktivis GM13, Ekhsan Bukhari diserang di Kampung Datuk Keramat dalam Dun Pulau Manis.

Menurut Syis juga, selepas kejadian tersebut, pihaknya lebih berhati-hati sewaktu masuk ke kampung-kampung.

"Kami memang ada unit keselamatan sendiri tapi selepas serangan demi serangan, anggota Unit Amal di Pekan membantu menjaga keselamatan kami," katanya yang gusar dengan keselamatan siswi yang turut menyertai program tersebut. 

Program tersebut akan berakhir pada 17 Februari ini.

Syis juga berkata, GM13 mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai bagi melancarkan gerak kerja GM13 bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bendahari GM13, Ahmad Shukri Kamarudin iaitu CIMB:05010001387201 atau BIMB:12029020545096 - HarakahDaily

Tuesday, February 12, 2013

Kenapa Najib takut bubar parlimen waktu ini?

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman (gambar) mempersoal pendirian
 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang tidak berani untuk membubarkan parlimen pada waktu ini.

Beliau berkata, sedangkan Najib merasakan rakyat sudah mula menerima apa juga tindakan yang telah dilakukan oleh kerajaan Umno Barisan Nasional selama ini.

"Saya mencabar Najib untuk membuat pengumuman segera tarikh pembubaran parlimen jika beliau merasakan sokongan rakyat terhadap Umno Barisan Nasional telah meningkat.

"Namun apa yang saya lihat, sikap berdiam diri dan teragak-agak yang ditunjukkan oleh Najib itu menggambarkan keadaan sebenar bahawa beliau sendiri tidak yakin dengan sokongan yang ada sekarang," jelasnya yang juga Adun Meru.

Dr Abdul Rani yang turut melahirkan kerisauan apabila tindakan Najib yang berdiam diri akan menimbulkan satu situasi yang di luar jangkaan dan menyalahi undang-undang.

Malah beliau juga beranggapan, ketidakyakinan Najib terhadap sokongan yang beliau perolehi nanti dikhuatiri boleh mencetuskan huru-hara yang akan menyebabkan wujudnya darurat sebelum pilihan raya dapat dilaksanakan.

"Kita melihat ada beberapa pihak yang telah mengeluarkan kenyataan bahawa akan ada tindakan di luar jangkaan jika sesebuah parti itu kalah.

"Saya pasti jika Najib masih lagi tidak berani untuk menyatakan bilakah tarikh pembubaran parlimen, situasi ini pasti berlaku dan perkara ini telah pun berlaku pada program-program ceramah yang anjurkan oleh Pakatan apabila ada pihak lain yang tidakberpuashati," sambung beliau lagi.

Abdul Rani berharap, Najib akan turut mengambil pendekatan segera seperti mana yang dilakukan oleh Menteri Besar Selangor yang mengumumkan bahawa pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor akan dilakukan selepas perayaan Cap Go Meh. - HarakahDaily

Monday, February 11, 2013

“Jangan pilih bos, tapi pilih jadi bos.”


Wakil rakyat sepatutnya pekerja untuk rakyat. Ini 


tidak, dia pula jadi bos rakyat. Cukuplah. Ambil 


peluang di PRU13...




“Jangan pilih bos, tapi pilih jadi bos.”


Sunday, February 10, 2013

‘Jangan pilih bos, tapi pilih jadi bos’



KUANTAN: “Cukuplah budaya ini. Sebelum berkuasa, mereka datang merayu undi. Lepas kita beri kuasa pada mereka, kita pula yang takut pada mereka.”

Begitulah nasihat Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Mankepada para hadirin yang menghadiri ceramah di Kampung Kempadang, Kuantan malam semalam.

Di hadapan kira-kira 500-750 hadirin, Tuan Ibrahim berkata PRU13 adalah peluang terbaik rakyat untuk memperbetulkan kesilapan sistem di negara ini.

“Wakil rakyat sepatutnya pekerja untuk rakyat. Ini tidak, dia pula jadi bos rakyat. Cukuplah. Ambil peluang di PRU13, jangan pilih bos, tapi pilih jadi bos,” kata beliau ketika ditanya Harakahdaily selepas ceramah.

Dalam ceramah yang turut dihadiri Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tuan Ibrahim mengingatkan bahawa di dalam dunia politik, segala kemungkinan akan berlaku. (Gambar)

“Oleh itu jangan kita sombong. Masihkah tuan-tuan dan puan-puan ingat bagaimana Khir Toyo membuat deklarasi pembangkang sifar di PRU yang lalu. Lalu apa terjadi, beliau menjadi ketua pembangkang Selangor,” kata beliau.

Kata beliau, orang politik yang menang pilihanraya seharusnya tidak sombong kepada sesiapa, dan mereka yang memilih orang politik di pilihanraya tidak sepatutnya takut pada orang politik apabila mereka berkuasa.

“Ingat tak insiden hadiah penyapu Khir Toyo? Jika anda kakitangan kerajaan tersebut, apa yang anda rasa? Kakitangan kekal, paling teruk kena transfer (dipindahkan). Tapi orang politik boleh dijatuhkan. Oleh itu, jangan sombong,” kata beliau.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu menyeru rakyat menyokong mereka yang menawarkan kerajaan bermoral.

“Kerajaan bermoral hanya boleh datang daripada mereka yang mempunyai moral dan akhlak yang tinggi,” kata beliau, sambil menambah sebuah kerajaan bermoral tidak akan terjebak dengan rasuah dengan mudah mahupun menindas rakyat.

Sementara itu, Anwar berkata sudah menjadi kebiasaan Umno untuk menyalahkan beliau dalam apa-apa perkara.

“Saya ini agen macam-macam. Agen Cina, agen Yahudi, agen CIA dan sebagainya,” sindir beliau.

Bagi beliau, itu semua mainan politik Umno untuk memburukkan musuhnya tanpa sedar sebenarnya yang buruk adalah mereka yang kini tidak boleh ditutup lagi. - HarakahDaily

Wednesday, February 6, 2013

Pendedahan Anak tarik peneroka bersama Pakatan


SIK: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Negeri Kedah mengucapkan terima kasih
 kepada pihak Polis Daerah Sik kerana membenarkan Presiden Anak, Mazlan Aliman berucap selama satu jam berpentaskan kenderaan pacuan empat roda di Felda Teloi Timur, malam semalam.

Ini, kata Pengerusinya, Zolkifli Abu Seman menyebabkan pihak pengurusan Felda bersama samseng Umno yang sebelum itu bising terus diam mendengar apa yang mereka tidak tahu selama ini.
Beliau berkata, sikap polis yang profesional menghalang segelintir pihak pengurusan Felda Teloi Timur dan samseng Umno wajar dipuji kerana hasilnya Anak dapat juga memberikan penerangan walaupun ia ditentang keras oleh sekumpulan mereka yang agresif di pintu masuk Felda berkenaan.

Menurutnya, mungkin peristiwa semalam menggamit ramai peneroka Felda keluar untuk melihat dan mendengar sendiri apa yang diperkatakan pada ceramah tersebut.

Jika selalunya kata Zolkifli, apabila ceramah di kawasan Felda yang hadir tidak sampai 400 orang tetapi malam semalam melebihi 1,500 orang termasuk samseng Umno.

Jelasnya, fakta yang diberikan oleh Mazlan akhirnya memukau para hadirin apabila suasana yang sebelum itu penuh dengan maki hamun, kata-kata nista kepada PAS dan kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak akhirnya bertukar sepi, seolah-olah mereka tertarik dan ingin tahu perkembangan Felda masa kini.

"Bersyukur kepada Allah s.w.t kerana walaupun tidak boleh memijak kaki ke dalam FeldaTeloi Timur dapat juga berada di pintu masuk. Apa yang penting ialah kesan di sebalik perbuatan berkenaan," terangnya.

Beliau tidak menyalahkan peneroka sebaliknya lebih kepada Umno dan pentadbiran Felda yang bertindak menutup isu daripada pengetahuan mereka.
Jika pendedahan demi pendedahan Anak dapat dilakukan, beliau yakin peneroka akan bersama Pakatan Rakyat. - HarakahDaily

Saya yakin PR menang - Strategis tentera


AMPANG: "Saya yakin kali ini Pakatan Rakyat akan menang," kata bekas strategis Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafiz Abdul Hamid (gambar).

Penegasan itu dibuat beliau ketika memberikan ucapan dalam Himpunan Perdana Ummah Bersama PAS.

Datuk Ghafir, bekas Timbalan Ketua Panglima Angkatan Tentera Malaysia itu berkata, semasa pilihan raya 2008, beliau tidak yakin Pakatan boleh menang.

"Pada pilihanraya lepas, Pakatan Rakyat mungkin tidak menang. Itu sebab saya tidak mengeluarkan apa-apa statemen.

"Tetapi saya begitu yakin kali ini PR akan menang," kata beliau disambut tepukan dan teriakan takbir dari para hadirin.

Menurut Datuk Ghafir, mesej ini bukan beliau buat untuk anggota tentera tetapi lebih kepada orang awam. - HarakahDaily

Tuesday, February 5, 2013

Bendera Umno BN di tempat agihan BR1M



KANGAR: Bendera Umno dan Barisan Nasional dikesan telah dipasang pada pagar dewan tempat pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0  di dua lokasi di Perlis hari ini.

Kedua-dua tempat yang dimaksudkan iaitu di Dewan 1Malaysia, Simpang Empat dan Dewan Serbaguna Seri Melati, Beseri di mana pengagihan BR1M 2.0 dibuat bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Simpang Empat dan Santan.

Tinjauan Harakahdaily juga mendapati terdapat sepanduk Undilah Barisan Nasional turut dipasang pada pagar Dewan 1Malaysia, Simpang Empat. Via - HarakahDaily

Monday, February 4, 2013

Isu kalimah Allah selesai, Majlis Syura sudah putuskan

KUALA LUMPUR: PAS tidak akan melayan sebarang desakan dari mana-mana pihak berhubung isu penggunaan kalimah Allah memandangkan ianya telah diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak PAS sebelum ini.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Datuk Harun Taib berkata, keputusan oleh bandan tertinggi PAS itu sebelum ini adalah sangat jelas dan semua pihak harus menghormati keputusan tersebut.

"Ianya dibuat secara kolektif setelah melalui perbincangan yang mendalam oleh Majlis Syura Ulamak PAS dan ianya bukan diputuskan secara individu.

"Kita meminta agar mana-mana institusi dan individu-individu tertentu agar menghormati pandangan dan keputusan PAS ini sepertimana dalam kenyataan rasmi oleh Majlis Syura Ulamak PAS sebelum ini," katanya kepada Harakahdaily.

Pada 13 Januari lalu, mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan sesiapapun boleh menggunakan kalimah Allah namun kalimah suci itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini.

Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.

Keputusan itu juga menjelaskan menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah. Via - HarakahDaily