Sumbangan PASTI

Friday, September 30, 2011
Tuesday, September 27, 2011
TIADA SEBAB UNTUK DAP KELUAR PAKATAN - TGNA
KOTA BARU, 26 Sept – Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata hukum hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan sama sekali tidak kena-mengena dengan masyarakat bukan Islam terutama DAP yang juga tiada sebab membantah undang-undang Islam itu dilaksanakan.
Sehubungan itu beliau menyifatkan DAP seperti “budak-budak kecil takutkan hantu” sedangkan hukum hudud sebenarnya lebih adil dan tidak membabitkan golongan bukan Islam.
“DAP nak keluar (gabungan pembangkang) pasal apa? Hudud untuk orang Islam dan apa hubungan dia (DAP) dengan orang Islam,” katanya kepada pemberita di kediaman Menteri Besar di sini hari ini.
Semalam, beliau berkata hukum hudud itu akan dilaksanakan di Mahkamah Syariah di Kelantan walaupun mendapat tentangan daripada DAP. - themalaysianinsider
Sehubungan itu beliau menyifatkan DAP seperti “budak-budak kecil takutkan hantu” sedangkan hukum hudud sebenarnya lebih adil dan tidak membabitkan golongan bukan Islam.
“DAP nak keluar (gabungan pembangkang) pasal apa? Hudud untuk orang Islam dan apa hubungan dia (DAP) dengan orang Islam,” katanya kepada pemberita di kediaman Menteri Besar di sini hari ini.
Semalam, beliau berkata hukum hudud itu akan dilaksanakan di Mahkamah Syariah di Kelantan walaupun mendapat tentangan daripada DAP. - themalaysianinsider
Diambil Dari Blog : >>>Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man<<<
KENANGAN CERAMAH DI MARKAS(2009)
Ust Shahril Azman, Ketua DPP PAS Pahang
Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Hal Ehwal Felda PKR Pahang
YB Khalil Idham Lim, ADUN Titi Serong, Perak
Kehadiran peneroka-peneroka Felda Jengka 19, Kuala Krau
Hadirin Sedang Mengambil Makanan Yang Disediakan
Saturday, September 24, 2011
PERSIAPKAN JENTERA PILIHANRAYA DI TAHAP OPTIMUM

Isu ucapan Mohamad Sabu, bendera, hudud, sejarah kemerdekaan merupakan antara isu-isu yang sedang sengaja diwujudkan menjelang PRU akan datang. Tujuannya hanya satu - untuk mengalihkan perhatian kepada isu-isu utama yang mempunyai kesan langsung kepada keselamatan negara seperti isu warga asing yang diberi kerakyatan mudah, penyelewengan wang rakyat dan rasuah secara besar-besaran.
Demikian juga isu warga asing yang diberi hak mengundi, peningkatan kos hidup yang membebankan, cukai GST yang akan dilaksanakan selepas PRU ke 13, dan yang terkini isu akta yang akan menggantikan ISA.
Dalam menghadapi PRU yang semakin hampir, rakyat sedang dan akan bakal saksikan bagaimana media perdana akan menggiatkan usaha untuk mengalihkan perhatian mereka sehingga isu-isu utama tenggelam. Teknik seperti isu bangsa, agama dan pelbagai isu sensitif sememangnya menjadi hobi dan senjata BN untuk lima dekad yang lalu, terutamanya pada waktu timbulnya isu-isu yang mereka tidak boleh jawab. Harapan mereka supaya rakyat lupa bahawa mereka perlu menjawab sesuatu isu besar yang dibangkitkan.
Strategi ini sentiasa digunakan kerana BN mempunyai kuasa mutlak terhadap media perdana. Dulu ia sememangnya berkesan, akan tetapi pada zaman teknologi sekarang keberkesanannya boleh dikurangkan secara drastik bergantung kepada kebijaksaan Pakatan Rakyat menghadapi teknik ini. Walaupun ada-kalanya kita terpaksa menjawab isu-isu yang sengaja dibangkitkan, namun pada masa yang sama para pemimpin Pakatan Rakyat harus terus menekankan isu-isu utama yang membabitkan rakyat sehingga BN terpaksa menjawabnya.
Oleh itu, dalam masa menjawab tuduhan dan isu yang sengaja diwujudkan, Pakatan Rakyat mesti lebih bijaksana mengambil peluang untuk mengungkit semula isu-isu utama ini supaya rakyat tidak hilang fokus dan terpengaruh dengan taktik alih perhatian BN. Pakatan Rakyat dinasihatkan untuk mengawal emosi apabila berdepan dengan provokasi sebegini. Ini kerana isu-isu yang sengaja dibangkitkan adalah untuk mengganggu emosi supaya PR terus berbalah dengan mereka dalam isu yang sengaja diwujudkan sehinggakan tiada ruang dan masa untuk mengungkit isu-isu yang lain yang lebih penting dan berbangkit.
Seluruh jentera Pakatan Rakyat diharap tidak terpengaruh dan hendaklah memastikan seluruh jentera parti dapat menumpukan kepada persiapan akhir untuk pertarungan PRU-13 dengan mengemaskinikan segala maklumat penting. Bilik gerakan mestilah dibuka segera, semakan daftar pemilih mesti dilakukan dan semangat pekerja-pekerja jentera parti mesti berada pada tahap optimum.
Tindakan bagi mengesan kelemahan jentera dan pembekalan peralatan pilihanraya juga mesti disiapkan segera. Kewangan dan dana pilihanraya mesti dikeluarkan dan dijana bagi melengkapkan peralatan asas yang perlu disediakan. Gerak kerja rayu undi, semakan daftar, peralatan pilihanraya dan cara penerangan isu-isu semasa mesti dilengkapkan sebelum parlimen dibubarkan. Gunakan dana pilihanraya di semua peringkat sekarang, bukan setelah parlimen dibubarkan. Segala-galanya akan berubah bilamana parlimen bubar.
Untuk itu, jangan terpengaruh dengan isu yang sengaja diwujudkan bagi melekakan kita dari tugas sebenar untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dalam PRU akan datang.
Diambil Dari Sini ->Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Thursday, September 22, 2011
SIMPANAN TUNAI SELANGOR RM1.1B, REKOD 28 TAHUN
Wednesday, September 21, 2011
DAKWA MAT SABU - ADAKAH NAJIB BOLEH DIPERCAYAI?

Kenyataan Mohamad Sabu mengenai status Mat Indera bukannya cakap kosong sebab ia dapat disahihkan ada kebenarannya oleh beberapa sumber rujukan – sebuah buku berjudul ‘Pengukir Nama Johor’, kajian tesis pelajar Universiti Malaya, Ayub @ Uiop Kassim di tahun 1973, ada juga pengakuan kawan dan ahli keluarga Mat Indera.
Jikalau itu pun salah, maka kesalahan harus dikembalikan kepada segala sumber rujukan beliau - sebagaimana semua rakyat Malaysia yang beranggapan bahawa ‘negara pernah dijajah British’.
Ini kerana mereka ini sudah tersalah memahami sejarah negara kerana mempercayai kesilapan buku sejarah keluaran Kementerian Pelajaran, sekiranya apa yang secara dinyatakan secara teknikalnya oleh Professor Zainal Kling dan Dr Mahathir adalah betul.
Takkan pula waris-waris kepada mereka yang pernah bekerja di bawah kerajaan sebelum 31 Ogos 1957 dan kerajaan hendak membuat laporan polis dan mendakwa semua pelajar yang menyatakan negara ini pernah dijajah oleh British?
Kalau dikira, isu yang dibangkitkan oleh Mohamad Sabu hanya berkaitan satu peristiwa iaitu peristiwa Bukit Kepong berbanding perisytiharan yang dilakukan oleh MPN, tentulah perisytiharan MPN itu mempunyai kesan lebih besar kepada rakyat dan negara.
Akan tetapi yang didakwa ialah Mohamad Sabu. Sekiranya Mohamad Sabu perlu didakwa, bagaimana pula Majlis Professor Negara (MPN) dan Zainal Kling?
Secara 'simple' nya ini yang berlaku - “Mohamad Sabu menyatakan Mat Indera sebagai hero pejuang kemerdekaan, tapi Umno dan medianya memutar-belit kenyataan beliau kepada ‘Mohamad Sabu menyokong komunis’ dan menyebarkannya ke merata tempat.”
Sedangkan, apa yang diminta oleh beliau ialah kajian semula fakta sejarah perjuangan pra kemerdekaan dengan membawa contoh peristiwa Bukit Kepong dan Mat Indera.
Apakah Mohamad Sabu boleh dianggap mengancam keselamatan negara dengan hanya satu ucapan begitu?
Mohamad Sabu didakwa atas ucapan beliau yang diputar-belitkan oleh media pro Umno, yang kemudiannya dengan sengaja mewujudkan suasana kelam-kabut bagi menghalalkan tindakan bagi mendakwa beliau.
Thursday, September 15, 2011
PM DAN 'PERMAINAN POLITIK KOMUNIS'

Apabila terbongkarnya fakta bahawa parti Umno telah mengadakan hubungan dengan Parti Komunis
Cina (CPC) dengan menandatangani perjanjian persefahaman (MoU), Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak tetiba membuat kenyataan bahawa “komunis sekarang tidak sama dengan komunis dahulu.”
Kata PM:
“Komunis sekarang lain, komunis dulu lain, dulu mereka ingin kuasai negara dan sebarkan ideologi yang tak beri hak kepada rakyat. Kita baik dengan negara komunis sekarang kerana mereka telah tinggalkan ideologi lama mereka.”
Jika kita mengikut logik PM, maka boleh disimpulkan bahawa komunis sekarang sudah tidak lagi menjadi pengganas, kerana itu komunis sekarang tidak lagi mendatangkan bahaya kepada negara.
Mungkin atas logik tersebut juga rasanya, sebab utama beliau sedia berbesan dengan anak pemimpin Kazakhstan, sebuah negara berfahaman komunis dan lama di bawah jajahan Rusia.
Seolah-olah kalau Umno yang mengadakan hubungan dengan komunis, maka komunis itu komunis baik; kalau parti lain “asalkan bukan Umno”, maka komunis itu komunis jahat.
Dan kalau nak tahu sesuatu negara itu dijajah atau tidak kena tanya pula Majlis Profesor Negara (setahu kita, negara lain tak ada majlis begini) atau mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad. Rasanya MPN dan Dr Mahathir sajalah yang tepat boleh menentukan siapa yang secara teknikalnya kena jajah, siapa negara yang naungi saja. Jajah secara zahir, di mana kekayaaan hasil bumi negara seperti bijih timah dirakus adalah tidak sah secara teknikal, maka sesiapa yang jawab sebegini dalam ujian Sejarah patut diberi markah kosong!
Bilamana MPN membuat kesimpulan bahawa negara tidak pernah dijajah, ini bermakna sesiapa yang lawan orang putih dulu, sebenarnya ia lawan orang Melayu.
Cuma kalau nak tahu orang Melayu ini bahaya ataupun tidak, ini pun kena tanya Umno dulu. Bomoh Umno akan telek dalam air pinang, dan umum untuk pengetahuan dunia adakah Melayu ini bahaya atau tidak.
Kalau Melayu itu kehijau-hijauan, maka segala daripadanya adalah bahaya dan mengancam Umno, kalau Melayu tu kebiru-biruan maka ia Melayu yang baik, maka keistimewaan diberi - segala untuknya halal, bagi orang lain akan jadi haram.
Rasanya bukan rakyat sahaja, bahkan ahli-ahli Umno turut keliru dengan permainan politik pemimpin Umno yang sendiri melondehkan hipokrit sendiri di khalayak ramai.
Thursday, September 8, 2011
Forum Mat Indera - Pejuang Atau Pengkhianat Kemerdekaan(Part 1 - Part 8)
Forum Mat Indera
Pejuang Atau Pengkhianat Kemerdekaan
(Part 1 - Part 8)
Mat Indera - Pejuang Atau Pengkhianat Part 1.
Mat Indera - Pejuang Atau Pengkhianat Part 2.
Mat Indera - Pejuang Atau Pengkhianat Part 3.
Mat Indera - Pejuang Atau Pengkhianat Part 4.
Mat Indera - Pejuang Atau Pengkhianat Part 5.
Mat Indera - Pejuang Atau Pengkhianat Part 6.
Mat Indera - Pejuang Atau Pengkhianat Part 7.
Mat Indera - Pejuang Atau Pengkhianat Part 8.
Terima Kasih Dari Kami -->PAS Cawangan Jengka 19<--
KAMI TETAP MENYOKONG
.::Haji Mohamad Sabu::.
Tuesday, September 6, 2011
BUKU JINGGA&10 JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT(JIKA DIBERI KUASA)
.::PAKATAN RAKYAT UNTUK RAKYAT::.
>>>CLIK DI ATAS INI<<<
JANJI YANG AKAN DITUNAIKAN OLEH
PAKATAN RAKYAT
SOKONGLAH DEMI MASA DEPAN
KITA RAKYAT MALAYSIA
UNDI PAKATAN RAKYAT PAS-PKR-DAP
Subscribe to:
Posts (Atom)