TEMERLOH: Desakan daripada Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) sendiri supaya projek Perumahan Generasi Kedua Felda (PGKF) dihentikan kerana masalah harga dan spesifikasi, membuktikan projek yang dicanang untuk pilihan raya itu gagal.
Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Pahang, Yohanis Ahmad berkata, dakwaan MBFM yang dianggap NGO mewakili generasi kedua yang diiktiraf Felda itu, membenarkan dakwaan Anak sebelum ini bahawa projek tersebut hanya untuk memancing undi pilihan raya.
Sekali gus, ia gagal menyelesaikan masalah generasi kedua dan ketiga Felda yang masih tinggal dalam tanah rancangan yang sesetengah pada masa ini terus duduk sebumbung atau menumpang di tanah peneroka asal.
Sepatutnya perumahan kerajaan mestilah bersifat mampu milik dan ada unsur kebajikan bukannya harga berdasarkan pasaran terbuka. Jika syarat pinjaman yang sangat ketat iaitu melalui bank dan perlukan slip gaji, mungkin tidak ada masalah kepada anak-anak peneroka yang Berjaya dan tinggal di bandar-bandar besar.
“Tetapi syarat itu dikenakan kepada anak-anak peneroka yang masih tinggal di tanah rancangan, ia tentulah tidak munasabah langsung,” katanya.
Yohanis berkata demikian mengulas kenyataan disiarkan akhbar semalam oleh Pengerusi MBFM Wilayah Jengka Nasharuddin Mat Nasir yang menggesa Felda menghentikan segera projek PGBF kerana terdapat rungutan generasi kedua Felda berhubung harga, spesifikasi, pinjaman dan konsep pelaksanaannya.
Kenyataan itu menyebut, di Wilayah Jengka, harga minimum satu unit rumah yang dibina Felda itu sudah mencecah RM120,000 pada masa ini dan tidak seperti dijanjikan.
Selain daripada harganya yang tinggi, syarat pinjaman pula ketat sehingga menyukarkan mereka yang tinggal di tanah rancangan untuk memiliki rumah tersebut. Sebaliknya memberi peluang kepada generasi yang tinggal di luar membelinya.
Yohanis berkata, sebelum pilihan raya umum (PRU) lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib telah mengumumkan sasaran Felda untuk membina 20,000 unit rumah dalam masa lima tahun dan harga dijanjikan sekitar RM60,000.
“Kenapa sekarang harga menjangkau RM120,000 hanya dalam tempoh dua tahun? Ini tidak sepatutnya berlaku kerana perumahan dibina bukan atas tanah komersil atau individu tetapi tanah milik Felda. Contohnya di Padang Piol padang bola yang dikorbankan.
“Lagipun itu rumah ‘rumah pasang siap’ bagaimana harga boleh melambung begitu tinggi? Pada saya harga RM60,000 itu dah munasabah kerana setiap peneroka pun ada peruntukan RM40,000 daripada Felda untuk pembesaran rumah,” katanya.
Menurut Yohanis, sepatutnya kerajaan sudah ada penilaian sendiri untuk pembinaan rumah tersebut. Jika tidak, itu bermakna Felda membuat projek yang tidak jelas hanya untuk PRU saja.
“Jadi bilakah masalah anak-anak peneroka yang tinggal dan bekerja di ladang-ladang Felda nak selesai?” soalnya. - HARAKAHDAILY 6/8/2014