Sumbangan PASTI

Sumbangan PASTI

Wednesday, July 20, 2011

DATO' TUAN IBRAHIM KINI MENERIMA RAWATAN

Untuk makluman kepada semua, Dato' Tuan Ibrahim telah dimasukkan ke wad di Hospital Jengka, pukul 5.00 petang tadi untuk menerima rawatan.

Simptom demam yang dialami bermula pada Jumaat lepas membawa kepada jangkitan demam denggi, dan keadaan beliau kini adalah stabil dan perlu mendapatkan rehat yang secukupnya.


Untuk itu, sebarang program yang telah dirancang dalam masa terdekat ini, terpaksa ditangguhkan kepada satu masa yang akan dimaklumkan semula.


Sama-samalah kita memanjatkan doa agar beliau diberi kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini. 

Badrul Dakwa Dibelasah 20 Orang Polis

Badrul Hisham Abdul Halim, 26, dari Felda Jengka 19, mendakwa dikasari tidak kurang 20 orang anggota polis semasa perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara 9 Julai lalu.

Katanya semasa perjalanan pulang menyertai perhimpunan Bersih di Pasar Seni bersama kira-kira 5,000 yang lain kira-kira pukul 4.30 petang selepas perhimpunan bersurai, beliau dibelasah ketika melalui tangga menara OCBC Bank. Beliau juga diheret hingga ke Dataran DBKL.

Saturday, June 25, 2011

TAWARAN LUMAYAN MENANTI PESERTA BERSIH 2.0



Berdasarkan pengalaman dalam himpunan-himpunan aman lalu, pihak yang tidak bertanggungjawab telah melakukan pelbagai tindakan provokasi bagi memburukkan PAS, penganjur dan para peserta. Tindakan tersebut mungkin akan dilakukan sekali lagi oleh mereka pada Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, malah mungkin akan lebih ketara lagi.

Bagi membolehkan tindakan tidak bertanggungjawab mereka itu diketahui umum dan diambil pengajaran, tawaran lumayan akan diberikan kepada yang berjaya merakamkan gambar provokasi terbaik.


"Aksi-aksi yang dirakam itu pula tentunya pelbagai. Ada yang menarik, agak menarik, kurang menarik dan tidak menarik. Jadi untuk membolehkan kita mendapatkan rakaman insiden-insiden provokasi yang menarik, PAS akan menyediakan hadiah lumayan bagi mereka yang berjaya merakam gambar terbaik," kata Dato' Tuan Ibrahim pada sidang akhbar bersama Harakah di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.


"Ahli-ahli PAS dan orang ramai tidak perlu takut untuk menyertai himpunan itu kerana ia diadakan atas tujuan yang murni oleh Bersih bagi menuntut perjalanan pilihanraya yang adil. Walaupun begitu, jangan sekali-kali membawa senjata.
"Himpunan itu adalah himpunan aman. Jika membawa senjata dibimbangi akan mencetuskan kejadian tidak diingini pula. Tujuan himpunan itu diadakan amat jelas, iaitu untuk mendesak kerajaan mengadakan pilihanraya yang bersih dan adil di negara kita dan desakan itu mestilah didengar oleh kerajaan," tegasnya.
Mengulas dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa himpunan ini akan mencemarkan imej negara di mata pelancong, beliau menjelaskan dakwaan tersebut datang dari mereka yang tidak memahami apa itu demokrasi. 
Jangan bawa senjata, memadai
tuala basah, cuka dan garam

"Sesuai dengan perhimpunan aman yang diadakan, ia tidak akan mendatangkan sebarang kesan negatif terhadap negara jika diadakan, malah ia akan menimbulkan penghormatan rakyat asing itu sendiri terhadap negara kita apabila mereka dapat melihat dengan jelas sikap rakyatnya yang sentiasa menjaga keamanan termasuk ketika berdemonstrasi.

"Manakala pelancong pula bukan hanya terdiri daripada warga asing. Malah rakyat di negara ini yang berkunjung ke sesuatu destinasi itu juga adalah pelancong," jelasnya.
Bagi keselamatan diri, beliau menasihatkan mereka yang ingin menyertai himpunan itu agar membawa tuala basah, cuka dan garam untuk digunakan sekiranya diserang dengan gas pemedih mata oleh pihak berkuasa. - Harakahdaily