Sumbangan PASTI

Sumbangan PASTI

Friday, August 12, 2011

DETIK 100 HARI MENJELANG PRU BERMULA


12 Ramadan 1432 H | 12 August 2011

PAS telah mengarahkan semua jentera pilihanrayanya agar bersedia bermula daripada sekarang dengan kiraan 100 hari menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke - 13 tegas Naib Presiden PAS Haji Salahuddin Ayub ketika program bersama PAS Kawasan Ipoh Timur di sini. 

Salahuddin dalam ucapannya selepas menunaikan Solat Sunat Tarawikh bersama PAS Ipoh Timur menjelaskan bahawa keputusan Mesyuarat PAS Pusat baru-baru ini menjangkakan bahawa PRU 13 akan berlaku dalam masa yang terdekat. 


"Saya ingin maklumkan bahawa peringkat PAS Pusat telah memutuskan bahawa semua jentera parti perlu dipersiapkan dalam tempoh 100 hari daripada sekarang dan kita menjangkakan PRU 13 sudah hampir dengan kita," jelas beliau di dalam ucapannya di Markaz Unit Peti Undi (UPU) Taman Pengkalan Barat, Ipoh. 


Beliau juga meminta semua peringkat parti mesti bekerja keras bagi memenangkan Pakatan Rakyat (PR) dalam PRU 13 ini untuk sama-sama sampai ke Putrajaya jelas Salahuddin. Beliau yakin semua Ahli PAS akan membantu jentera PR samaada PKR atau DAP untuk sama-sama bekerja keras kali ini. 

Tuesday, August 2, 2011

SPR TELAH LANTIK PENGURUS PILIHANRAYA

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mula melantik pegawai pengurus pilihan raya bagi semua kawasan pilihan raya - satu petanda bahawa pilihan raya umum mungkin diadakan tiga atau empat bulan lagi - berkemungkinan besar November depan.

Menurut laporan akhbar bahasa Cina
 Kwong Wah Daily hari ini, surat pelantikan bagi semua pegawai pengurus pilihan raya itu dikeluarkan dalam tempoh dua minggu lepas.
Pada kebiasaannya, pilihan raya umum diadakan tiga atau empat bulan selepas surat pelantikan pegawai pengurus pilihan raya dikeluarkan.

Laporan itu menyebut, cakap-cakap bahawa pilihan raya umum semakin hampir, sudah tersebar luas dan semua petunjuk menunjukkan semua pihak sedang membuat persediaan untuk menghadapinya.
SPR juga telah mengenal pasti tempat untuk dijadikan pusat penamaan calon manakala Jabatan Pelajaran memilih sekolah yang akan digunakan sebagai tempat mengundi.

"Sekolah-sekolah berkaitan telah diarah supaya tidak menyewakan dewan mereka pada bulan November," kata laporan itu.


Semalam akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily melaporkan bahawa semua bahagian BN di 222 kawasan Parlimen telah diminta mengemukakan senarai awal calon kepada pengerusi BN yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kepimpinan tertinggi BN secepat mungkin. 
malaysiakini