Sumbangan PASTI

Sumbangan PASTI

Monday, March 5, 2012

TIADA TEMPAT UNTUK LYNAS DI MALAYSIA

Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS PusatRakyat terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan sisa buangan Lynas yang mengandungi radioaktif akan dibuang jauh dari
 kawasan penempatan penduduk, sedangkan lesen operasi sementara telah pun dikeluarkan.

Kerajaan perlu menjelaskan kepada rakyat mengapa setelah lesen dikeluarkan, barulah kita terhegeh-hegeh mengenalpasti tapak pelupusan baru? Ianya lebih mengelirukan kerana bercanggah dengan kenyataan Menteri Kesihatan, Dato Seri Liow Tiong Lai yang meminta syarikat Lynas menghantar sisa-sisa nadir bumi balik semula ke Australia.

Najib berkata, kerajaan masih menimbang lokasi bagi sisa buangan yang akan dipindahkan itu dan akan diumumkan kelak. Beliau juga menolak tanggapan bahawa keputusan itu dibuat hasil daripada desakan pembangkang yang didakwanya cuba mengeksploitasi isu berkenaan.

"Kita nak rakyat rasa selamat," katanya.

Kenyataan PM ini langsung tidak meyakinkan!

Isu sisa kilang rare earth di Bukit Merah, Perak sehingga kini masih menjadi tanda tanya. Masih terdapat sekurang-kurangnya 3,000 tong sisa yang tidak terurus, manakala tapak sisa lama pula tidak diselenggara dengan baik sebagaimana yang dijanjikan.

Berlatarbelakangkan ini, adalah dangkal untuk meminta rakyat mempercayai kilang Lynas adalah selamat. Kenyataan PM tidak lebih hanya sekadar  ingin meredakan kemarahan rakyat tetapi rakyat telah memberi kata dua; tutup kilang Lynas atau terima hukuman PRU13 nanti.

Lynas seperti 'anak emas' - keluasan kawasan operasi 200 ekar, pelepasan cukai selama 12 tahun serta pelbagai kemudahan lain. Kalaulah layanan yang cukup istimewa ini diberikan oleh kerajaan Malaysia, takkanlah Australia tidak sanggup untuk menerima semula sisa buangan yang tidak mendatangkan sebarang bahaya ini? Tambahan pula benua Australia mempunyai ribuan hektar kawasan tanpa penghuni jika dibandingkan dengan Malaysia.

PAS ingin menegaskan, di mana sahaja sisa tersebut akan dibuang di negara ini, PAS akan bersama rakyat bangkit menentangnya habis-habisan.

Monday, February 20, 2012

KALAU AURAT KELUARGA TAK DIJAGA, MACAM MANA NAK PIMPIN NEGARA? - RIDHUAN TEE

KUALA LUMPUR – Cendekiawan Islam, Profesor Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah kecewa dengan pemimpin yang ada sekarang kerana tidak berjaya membentuk sahsiah suami dan isteri dengan ajaran Islam sebenarnya.

Tanpa merujuk kepada tokoh itu sama ada daripada kerajaan atau pembangkang, kata Ridhuan Tee, pemimpin ini tidak boleh dijadikan role model kepada generasi akan datang.

“Sekiranya ahli keluarga sendiri tidak menutup aurat misalnya, bagaimana dia hendak memim­pin negara dan menyuruh orang lain berbuat demikian. Begitu juga anak-anak mereka perlu terlebih dahulu dijaga kerana ini memberi imej kepada pemimpin berkenaan.

“Manakala bagi wanita bergelar isteri yang menerajui parti politik dan sesebuah pertubuhan, sekiranya mereka tidak boleh menegur suami sendiri, saya rasa ia juga memang pelik,” katanya semasa membentangkan kertas kerja berjudul 1Malaysia dan Penghayatan Islam sempena Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012, semalam.

Beliau yang juga Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional berkata, seseorang pemimpin perlu utamakan agenda bangsa dan negara, namun sekiranya si isteri dan anak-anak kepada pemim­pin hidup bermewah, perkara ini menunjukkan­ ada tidak kena.

Beliau berkata, tidak kena jika rakyat disuruh berjimat sedangkan isteri sendiri atau suami tidak berbuat sedemikian.

Ditanya sama ada menegur peribadi pemimpin dikatakan satu kesalahan, katanya, dalam Islam, ia digalakkan dan apa dilakukan pemimpin itu menjadi perbualan.

Malah, kata Ridhuan Tee, menegur keluarga pemimpin tidak melanggar hak asasi manusia kerana sekiranya ia dibiarkan, lama-kelamaan pemim­pin itu menjadi sasaran musuh politik dan beliau tidak mahu berlaku.

“Begitu juga jika isteri atau suami mengetahui ahli keluarga­ mereka melakukan maksiat dan perbuatan tidak bermoral, mereka perlu menegur, bukannya mempertahankan apa yang dilakukan itu.

“Mesej saya cukup jelas. Kita tidak sepatutnya menegak benang basah dan mempertahankan yang salah. Inilah yang berlaku dalam dunia politik sekarang,” katanya.

Katanya, pemimpin itu tidak perlu bercakap mengenai integriti dan memberi nasihat kepada orang lain sekiranya diri sendiri tidak betul dan perbuatan itu tidak selamanya boleh menyelamatkan dirinya. - Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

Tuesday, February 14, 2012