Sumbangan PASTI

Sumbangan PASTI

Wednesday, February 6, 2013

Pendedahan Anak tarik peneroka bersama Pakatan


SIK: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Negeri Kedah mengucapkan terima kasih
 kepada pihak Polis Daerah Sik kerana membenarkan Presiden Anak, Mazlan Aliman berucap selama satu jam berpentaskan kenderaan pacuan empat roda di Felda Teloi Timur, malam semalam.

Ini, kata Pengerusinya, Zolkifli Abu Seman menyebabkan pihak pengurusan Felda bersama samseng Umno yang sebelum itu bising terus diam mendengar apa yang mereka tidak tahu selama ini.
Beliau berkata, sikap polis yang profesional menghalang segelintir pihak pengurusan Felda Teloi Timur dan samseng Umno wajar dipuji kerana hasilnya Anak dapat juga memberikan penerangan walaupun ia ditentang keras oleh sekumpulan mereka yang agresif di pintu masuk Felda berkenaan.

Menurutnya, mungkin peristiwa semalam menggamit ramai peneroka Felda keluar untuk melihat dan mendengar sendiri apa yang diperkatakan pada ceramah tersebut.

Jika selalunya kata Zolkifli, apabila ceramah di kawasan Felda yang hadir tidak sampai 400 orang tetapi malam semalam melebihi 1,500 orang termasuk samseng Umno.

Jelasnya, fakta yang diberikan oleh Mazlan akhirnya memukau para hadirin apabila suasana yang sebelum itu penuh dengan maki hamun, kata-kata nista kepada PAS dan kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak akhirnya bertukar sepi, seolah-olah mereka tertarik dan ingin tahu perkembangan Felda masa kini.

"Bersyukur kepada Allah s.w.t kerana walaupun tidak boleh memijak kaki ke dalam FeldaTeloi Timur dapat juga berada di pintu masuk. Apa yang penting ialah kesan di sebalik perbuatan berkenaan," terangnya.

Beliau tidak menyalahkan peneroka sebaliknya lebih kepada Umno dan pentadbiran Felda yang bertindak menutup isu daripada pengetahuan mereka.
Jika pendedahan demi pendedahan Anak dapat dilakukan, beliau yakin peneroka akan bersama Pakatan Rakyat. - HarakahDaily

Saya yakin PR menang - Strategis tentera


AMPANG: "Saya yakin kali ini Pakatan Rakyat akan menang," kata bekas strategis Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafiz Abdul Hamid (gambar).

Penegasan itu dibuat beliau ketika memberikan ucapan dalam Himpunan Perdana Ummah Bersama PAS.

Datuk Ghafir, bekas Timbalan Ketua Panglima Angkatan Tentera Malaysia itu berkata, semasa pilihan raya 2008, beliau tidak yakin Pakatan boleh menang.

"Pada pilihanraya lepas, Pakatan Rakyat mungkin tidak menang. Itu sebab saya tidak mengeluarkan apa-apa statemen.

"Tetapi saya begitu yakin kali ini PR akan menang," kata beliau disambut tepukan dan teriakan takbir dari para hadirin.

Menurut Datuk Ghafir, mesej ini bukan beliau buat untuk anggota tentera tetapi lebih kepada orang awam. - HarakahDaily

Tuesday, February 5, 2013

Bendera Umno BN di tempat agihan BR1M



KANGAR: Bendera Umno dan Barisan Nasional dikesan telah dipasang pada pagar dewan tempat pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0  di dua lokasi di Perlis hari ini.

Kedua-dua tempat yang dimaksudkan iaitu di Dewan 1Malaysia, Simpang Empat dan Dewan Serbaguna Seri Melati, Beseri di mana pengagihan BR1M 2.0 dibuat bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Simpang Empat dan Santan.

Tinjauan Harakahdaily juga mendapati terdapat sepanduk Undilah Barisan Nasional turut dipasang pada pagar Dewan 1Malaysia, Simpang Empat. Via - HarakahDaily