Sumbangan PASTI

Sumbangan PASTI

Tuesday, January 15, 2013

HKR112: 500,000 hadir, RM268,802.10 kutipan

KUALA LUMPUR: Sekretariat Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112) menyifatkan 500,000 menyertai himpunan di Stadium Merdeka baru-baru dengan jumlah kutipan dermanya adalah RM268,802.10.

Sehungan itu, Pengerusinya, Haji Mohamad Sabu dalam kenyataannya  mengucapkan setinggi-tinggi tahniah ke atas rakyat Malaysia yang telah sama-sama melakar sejarah pada 12 Januari 2013 lalu. 

"Perhimpunan yang dihadiri oleh 500,000 perserta tersebut adalah bukti apa yang diperjuangkan selama ini oleh Pakatan Rakyat iaitu rakyat perlu diberikan peluang berhimpun secara aman dan bebas menyatakan pendapat," kata beliau dalam kenyataannya.

Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Himpunan ini terutamanya anggota keselamatan dari PDRM, pengurusan Stadium Merdeka, pasukan Unit Amal serta para pimpinan NGO dan parti politik. 

"Kami juga menghargai kesabaran orang ramai yang terpaksa menghadapi kesesakan jalanraya pada hari tersebut," katanya.

Kutipan yang berjumlah RM268,802.10 ini, katanya, akan digunakan bagi menampung perbelanjaan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang telah dianjurkan di seluruh negara baru-baru ini.

Sokongan dari orang ramai, katanya, sangat mengharukan dan menjadi peniup semangat untuk Pakatan Rakyat terus berusaha memperbaiki sistem negara tercinta ini yang telah dirosakkan oleh pemerintahan BN.

"Tentunya usaha ini memerlukan sokongan dan dokongan berterusan dari orang ramai terutama menjelang Pilihanraya Umum ke 13 akan datang. 
"Dengan ini saya merayu orang ramai agar terus menghulurkan sumbangan kepada kami ke akaun "Tabung Impian Rakyat Malaysia" Maybank 562106235615," kata beliau dalam kenyataannya. Via - HarakahDaily

Saturday, December 15, 2012

Tawaran 6+3: Rakyat Pahang alu-alukan lot rumah


TEMERLOH: Tawaran Pakatan Rakyat (PR) Pahang untuk menyediakan lot-lot rumah kepada rakyat negeri ini kepada yang tidak mempunyai tanah dan rumah kediaman, disambut gembira oleh rakyat yang ditemui.


Bagi mereka, inilah masa yang sesuai untuk PR melaksanakan keperluan asas rakyat itu jika memenangi Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang setelah isu pemberian lot tanah dan rumah dijadikan modal kempen Umno dan BN setiap kali PRU.

Mereka berpendapat, sedangkan Pahang memiliki tanah yang luas tetapi rakyatnya pula masih ramai yang tidak mempunyai rumah dan tanah.

Pemberian lot tanah serta menstruktur semula Kampung-kampung Baru dan Kampung Tersusun, termasuk dalam ‘Tawaran 6+3’ yang diumumkan oleh Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang di Kerdau, 9 Disember lalu.

Bagi Saifuddin Kamarudin, 35, dari Mentakab, menganggap tawaran PR itu tepat pada masanya dan amat bersetuju kerana beliau sendiri belum mempunyai tanah dan masih tinggal di rumah sewa.

Bapa kepada tiga anak itu berkata, di kampungnya masih ramai yang menyewa hingga ke usia tua gara-gara tanah pusaka berkongsi adik beradik. Sedangkan rumah merupakan keperluan asas, tanpa rumah merempatlah jadinya.

“Memang lot-lot rumah ini penting, kalau orang susah nak buat rumah rakyat miskin (PPRT) atau rumah mesra rakyat pun perlukan tanah sendiri.

“Inilah masalah kerajaan tak mahu tolong. Yang peliknya tiap-tiap kali dekat PRU, orang Umno datang minta kad pengenalan. Kononnya nak bagi lot tanah. Lama sangat dah kami penduduk kampung kena tipu.

“Jadi tepatlah pada masanya kerajaan PR nanti sediakan lot tanah, kerajaan pusat seperti Kementerian Pembangunan Luar Bandar boleh bantu bina rumah. Dengan itu nampak cantik dah gabungan Pusat dan negeri untuk segera penuhi kebajikan rakyat,” katanya.

Saifuddin percaya, jika keperluan rumah dan tanah dibantu oleh kerajaan, langkah itu cepat mengeluarkan orang Melayu daripada garis kemiskinan. Kerana ketiadaan rumah berkait rapat dengan kemiskinan bangsa Melayu selama ini.

Hasanal Bolkiah Hasan Basri, 28, berkata tawaran PR Pahang itu akan menyebabkan generasi muda sepertinya akan memilih PR dalam PRU akan datang demi kebajikan dan survival mereka pada masa depan.

“Orang baru kawin seperti saya bukan senang untuk membeli rumah sekarang, bagi yang bergaji di bawah RM3,000 tak mampu nak memiliki rumah yang agak selesa.

“Sebab itu apabila saya berbual-bual dengan kawan-kawan yang tidak berparti, ramai yang mengatakan tawaran PR di luar jangkaan mereka dan mereka begitu teruja dengan tawaran itu.

“Di kampung-kampung pula bukannya mudah untuk memiliki tanah kosong. Banyak tanah yang diusahakan atas nama belia tetapi akhirnya diluluskan kepada kelompok tertentu menyebabkan golongan muda kecewa,” katanya.

Hasanal menganggap, tawaran pertama daripada enam tawaran yang diumumkan Tuan Ibrahim itu banyak membuka mata golongan muda sepetinya kerana selama ini tawaran Umno selama ini hanyalah setakat yang remeh-temeh sedangkan PR menjanjikan lot rumah sebagai jaminan masa depan.

Sementara itu, Fauzi Omar, 63, dari Felda Lakum, Lanchang tawaran kerajaan PR untuk menstruktur semula kampung-kampung baru dan kampung tersusun, amat bersesuaian demi membina semula penghidupan yang sempurna kepada masyarakat.

“Kalau kita lihat keadaan kampung baru sekarang tidak dilengkapi prasarana memuaskan dan bersesak-sesak tetapi mereka tatap membayar cukai kepada kerajaan. Sebab itu kedudukan mereka mesti distruktur semula.

“Lagipun, kalau kerajaan sediakan kawasan penempatan tersusun, kawasan itu akan maju dengan dan akhirnya menjadi bandar. Sekali gus akan meningkatkan ekonomi penduduk setempat,” katanya.

Dalam pada itu, seorang penganalisis ekonomi Pahang Syed Ali Badarudin Othman, mengalu-alukan tawan kedua PR Pahang iaitu ‘menyelesaikan permohonan tanah yang sekian lama dipohon oleh rakyat Pahang sekiranya permohonan tersebut benar-benar layak, wajar dan memenuhi syarat’.

Katanya, janji tersebut boleh dilaksanakan jika diamalkan kaedah pengurusan tanah yang cekap dan cepat, berbanding dengan karenah birokrasi di pejabat-pejabat tanah sekarang.

“Bayangkan untuk rakyat yang memohon tanah bagi mendapatkan satu kelulusan, mereka terpaksa menempuh antara 20 ke 30 meja di pejabat tanah, PTG dan SUK. Untuk pelupusan tanah kerajaan memakan masa antara 10 hingga 20 tahun.

“Kenapa lambat sedangkan permohonan tanah tidak perlu masa yang lama kerana kriteria dan prosedur melalui format permohonan sudah menggambarkan kelayakan seseorang pemohon serta sudah ada sistem maklumat mengenai status tanah,” katanya.

Syed Ali juga mengalu-alukan tawaran keempat PR bagi memudahkan urusan pertukaran status tanah pertanian kepada kepada lot perumahan atau bangunan.

Katanya, sistem yang dipakai kerajaan BN sekarang, bukan sahaja menimbulkan  masalah besar kepada rakyat yang berurusan, malah firma-firma guaman juga mengeluh kerana tidak dapat meneruskan urusannya terlalu bersifat birokrasi.

“Saya cadangkan kepada kerajaan PR nanti menggunakan kuasa di bawah Seksyen 12 Kanun Tanah Negara supaya urusan tukar syarat tanah juga memadai di luluskan peringkat pentadbir tanah daerah.

“Jika kerajaan cekap hasil pendapatan daripada tanah juga meningkat seiring dengan pembangunan semasa. Kita perlu ingat, sebarang urusniaga melibatkan hartanah adalah berbayar. Itu merupakan pendapatan kerajaan. Sekiranya budaya birokrasi ini dikekalkan, kutipan hasil negeri terus tidak berkembang,” katanya. - HarakahDaily

Wednesday, November 28, 2012

FELDA KHIANAT RAKYAT PALESTIN.


Ada pihak yang tidak percaya sewaktu saya dedahkan invois penjualan minyak sawit mentah Anak Syarikat Felda, FELDA IFFCO OIL PRODUCTS SDN BHD kepada syarikat Yahudi.

Mereka kata, minyak tersebut nak dibawa ke GAZA tetapi disekat oleh Israel. Inilah hujah dangkal Dato' Mukhriz Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia(MITI).

Mungkin Mukhriz dan sesetengah dikalanga
n kita tidak tahu, sudah dua tahun FELDA IFFCO jual minyak sawit kpd Sykt Yahudi. Bahkan utk renew penjualan, Badan penguatkuasa tanda "halal" agama yahudi datang ke Kilang FELDA IFFCO di Pasir Gudang bagi memperbaharui sijil 'halal' sebelum eksport ke negara pembeli.

Apakah logiknya untuk eksport minyak sawit ke negara bergolak seperti GAZA yang penduduknya cuma 1.6 juta dengan jumlah tan metrik yang begitu besar hampir setiap bulan?
Yang eksport pula syarikat Yahudi?

Saya paparkan bukti terbaru 'Trade Confirmation' bagi penjualan minyak sawit bertarikh 2 Okt 2012.

Kerajaan Malaysia tidak perlu berdolak dalik, hentikan serta merta penjualan minyak sawit kpd Sykt Yahudi!

ATAU Kerajaan Malaysia AGEN YAHUDI? Via - Mazlan Aliman[ Presiden ANAK Malaysia ]