Sumbangan PASTI

Sumbangan PASTI

Monday, October 29, 2012

GAMBAR-GAMBAR QURBAN PERDANA CAWANGAN[ 27/10/2012(SABTU)]

." Qurban Perdana PAS Cawangan Jengka 19 ".


Sedia Untuk Diikat



Ketua Cawangan Dan Orang Ramai Yang Hadir



Qurban 3 Ekor Lembu


Melapah Lembu Yang Siap Disembelih

Sedikit Sahaja Gambar-Gambar Qurban Tahun Ini. Insyaallah Kita Bertemu Di Tahun Hadapan Pula.





Tuesday, October 9, 2012

APA MUSLIHAT LAPORAN AUDIT DILEWATKAN?

KUALA LUMPUR, 24 Sept — Pembangkang melihat tindakan Putrajaya sengaja melengah-lengahkan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara 2011, yang sepatutnya dibentangkan serentak ketika pembentangan Bajet 2013 pada Jumaat, 28 September ini adalah satu cubaan untuk mengelakkan pemimpin pembangkang merujuk kepada laporan audit berkenaan ketika pembentangan bajet.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan adalah sangat “tidak wajar” kerana beliau melihat tindakan itu sebagai taktik kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Umno mengalihkan kesempatan ahli Parlimen membahaskan laporan kewangan tersebut.


“Ini sangat tidak wajar, kerajaan cuba alih kesempatan ahli Parlimen bahas laporan kewangan tersebut.


“Laporan itu sangat penting, ia menilai prestasi kewangan yang dikeluarkan Ketua Audit Negara,” katanya kepada pemberita ketika sidang media di Parlimen hari ini.


“Ini adalah taktik Umno-BN untuk elak ahli Parlimen melihat (laporan audit) ini dan menangguhkannya sehingga selepas belanjawan dibentangkan,” kata ahli Parlimen Permatang Pauh ini lagi.


Sementara itu, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menegaskan laporan audit itu juga sengaja dilewatkan kerana kerajaan 
cuba untuk mengalihkan pandangan Ahli Parlimen daripada melihat fakta yang akan dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.

“Laporan audit itu perlu keluar serentak dengan pembentangan bajet... kerajaan sengaja (ingin) menutup kelemahan dengan lengahkan bentang Laporan Ketua Audit Negara 2011, kata Azmin lagi.


“Maknanya kerajaan cuba alih pandangan ahli Parlimen daripada melihat fakta, laporan ini penting, kita tak mahu bahas dengan tuduhan tidak berasas,” katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen di sini.


Jelas Azmin, laporan audit berkenaan akan mendedahkan sama ada prosedur kewangan negara dilaksanakan dengan betul atau terdapat salah guna kuasa, justeru beliau mempersoalkan tindakan kerajaan melengah-lengahkan pembentangan berkenaan.


“Saya lontarkan pertanyaan kepada (Datuk Seri) Nazri (Aziz) kenapa ini berlaku, kerana ia dilihat ada agenda tersembunyi sedangkan kerajaan yang. melaungkan ingin melakukan transformasi perlu lebih terbuka dan tidak menggunakan alasan untuk tutup kelemahan dan penyelewengan pada tempoh kewangan tahun lalu,” tegasnya lagi.


Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata kepada pemberita:


“Laporan itu sudah siap. Namun, ia tidak akan dibentangkan di Dewan Rakyat serentak (dengan Belanjawan 2013) kerana laporan audit ini akan mempunyai lebih banyak berita daripada belanjawan.


“Jadi, apa yang akan kita laksanakan adalah laporan audit ini akan dibentangkan seminggu dua kemudian namun masih ada masa lagi untuk ahli Parlimen bahaskannya,” kata ahli Parlimen Padang Rengas itu lagi.


Laporan Ketua Audit Negara biasanya akan dibentangkan bersama-sama dengan belanjawan namun kerajaan telah melengahkannya tahun lalu, walaupun terdapat bantahan dan protes daripada pemimpin pembangkang.


Skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) juga turut didedahkan melalui laporan audit tersebut yang mana turut mengaitkan suami dan keluarga bekas Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil. Via - Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

Wednesday, October 3, 2012

Bajet: Slogan, gula-gula BN untuk pancing undi

Dewan Pemuda PAS Malaysia sedar begitu banyak pihak sudahpun menyatakan pandangan dan 
pendirian masing-masing berkenaan belanjawan 2013 ini. Bagaimanapun, izinkan kami untuk menyampaikan pandangan mewakili golongan berpendapatan sederhana, 'middle income group' dan penjawat awam, yang sebahagiannya adalah golongan yang membayar cukai, dan berhak mengetahui serta memberi pandangan bagaimana duit 'kami' sepatutnya dibelanjakan.

Di bawah tajuk meringankan kos sara hidup, Belanjawan 2013 menawarkan diskaun 50% kadar tambang bagi pengguna komuter berpendapatan kurang RM3,000. Malang bagi kerajaan Barisan Nasional ini, masih tidak memahami apa yang diperlukan rakyat. Apa yang lebih penting, sebenarnya adalah untuk meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan awam. Tumpuan sepatutnya diberikan kepada pertambahan jumlah koc, dan meningkatkan kekerapan tren. Kesesakan di dalam tren, serta masa menunggu yang lama sekian lama menghantui warga kota yang menggunakan perkhidmatan komuter ini. Penurunan harga tiket, (walaupun dapat mengurangkan beban kumpulan pengguna terbabit) tidak bersifat menyeluruh, dan dikhuatiri hanya akan menambah kesesakan sekiranya tidak disusuli dengan peningkatan prasarana.

Bonus satu bulan setengah gaji (termasuk setengah bulan gaji yang sudah diberikan Julai lalu) bagi penjawat awam ternyata bukanlah penyelesaian jangka panjang. Walaupun ia disambut dengan baik dan diperlukan oleh 1.4 juta kakitangan awam (kira-kira 10% daripada jumlah tenga kerja di Malaysia), tetapi bagaimanakah pemberian ini dapat membantu mereka dari segi jangka masa panjang? Apa yang lebih diperlukan oleh penjawat awam sebenarnya adalah kos sara hidup yang lebih rendah, termasuk membantu keperluan mereka seperti mendapatkan rumah dan kereta. Begitu juga dengan pemberian BR1M yang kedua. Benar, wang itu memang diperlukan rakyat yang kurang berkemampuan. Bagaimanapun, apakah pemberian yang bersifat 'one-off' ini dapat membantu mereka mengubah taraf hidup? Nampaknya belanjawan kali ini masih memberikan ‘ikan’ kepada rakyat, dan bukannya ‘joran’.

Satu lagi kelemahan yang langsung tidak disentuh di dalam belanjawan kali ini adalah berkenaan skim perjawatan dan pelarasan gaji yang tidak seimbang di dalam sektor pekhidmatan utama. Di dalam perkhidmatan kesihatan sebagai contoh, isu 'brain-drain' merupakan isu yang serius dan sekiranya tidak ditangani dengan baik, boleh mengakibatkan kualiti penyampaian sistem kesihatan di negara ini semakin buruk. Kian hari semakin ramai pakar perubatan yang meletakkan jawatan di universiti dan hospital kerajaan untuk berkhidmat di swasta. Masalah ini menjadi semakin buruk apabila jumlah pegawai perubatan yang menyertai universiti dan fakulti perubatan sebagai pensyarah semakin berkurang, disebabkan skim gaji yang lebih baik di kementerian kesihatan. Akibat daripada ini, dikhuatiri kualiti pengajaran bakal-bakal doktor semakin menurun. Akhirnya yang akan menerima kesan adalah rakyat terbanyak yang mendapatkan rawatan di klinik dan hospital kerajaan.

Klinik 1Malaysia hanya merupakan satu lagi gimik politik dan bersifat retorik semata-mata. Klinik-Klinik ini tidak mempunyai doktor dan rawatannya terhad berbanding klinik-klinik kesihatan. Malah, ada di antaranya yang terletak sangat berhampiran dengan klinik kerajaan sedia ada. Siapakah yang beroleh manfaat dari Klinik 1Malaysia ini? Tindakan menambahkan jumlah Klinik 1Malaysia tidak mungkin mencapai matlamat kesihatan yang terbaik untuk rakyat. Sepatutnya, jumlah peruntukan dimaksimumkan untuk penambahbaikan klinik-klinik kerajaan yang sedia ada, serta memberikan tumpuan lebih kepada pembangunan modal insan.

Pemberian rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar sekadar mengabsahkan tuduhan bahawa Belanjawan 2013 ini tidak lebih dari sekadar gula-gula politik Barisan Nasional. Sekiranya manfaat dari telefon pintar ini begitu tinggi, mengapa ia dihadkan kepada mereka yang berusia 21-30 tahun sahaja? Apakah ini boleh dikaitkan dengan demografi pengundi muda yang baru berdaftar sebagai pengundi? Mengapakah sehingga RM300 juta diperuntukkan untuk tujuan ini, berbanding hanya RM100 juta untuk menambahbaik klinik kesihatan yang boleh dimanfaatkan rakyat keseluruhannya?

Skim rumah pertamaku yang dinaikkan had pendapatan individu juga dilihat tidak banyak membantu. Ia mungkin berguna untuk menyelesaikan masalah mereka yang tiada tabungan untuk membayar deposit. Tetapi ia tidak melihat kepada masalah rumah yang terlalu mahal dan ketidakmampuan rakyat untuk membayar pembiayaan dan ansuran bulanan rumah tersebut. Cadangan Pakatan Rakyat untuk menubuhkan Perbadanan Perumahan Negara dilihat relevan, dengan sasaran untuk menyediakan rumah mampu milik secara besar-besaran.

Secara kasar, LPPM melihat belanjawan ini merupakan satu lagi belanjawan 'gula-gula', dikarang dan dibentang semata-mata untuk mengekalkan kuasa politik parti memerintah tanpa memikirkan masa hadapan negara. Barisan Nasional semakin tertekan, di dalam suasana di mana sokongan terhadap Barisan Nasional dilihat semakin merudum, dan ini merupakan belanjawan terakhir sebelum parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihanraya umum ke-13. Belanjawan 2013 masih kekal dengan sikap boros dan berbelanja melebihi keperluan.

Tidak ada penyelesaian jangka panjang bagaimana untuk mengatasi lambakan hutang negara yang semakin meruncing. Tidak ada perancangan yang jelas dan konkrit bagaimana untuk meningkatkan daya saing ekonomi negara. Tidak ada kaedah tertentu bagi mengatasi ketirisan dan pembaziran dana negara. Tidak ada penumpuan diberikan kepada meningkatkan taraf hidup rakyat bagi tempoh yang panjang dan mengurangkan kos sara hidup. Juga tidak ada langsung disebut langkah-langkah persediaan di dalam bidang automotif, sedangkan pelan liberalisasi industri automotif dan pemansuhan AP kereta dijanjikan untuk dilaksanakan menjelang 2015.

Lihat pula Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat. Ia jauh lebih relevan, menepati kehendak rakyat dan berpijak di bumi nyata. Teras-teras utama untuk meningkatkan daya saing ekonomi negara, reformasi dan ketelusan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC), menurunkan harga kereta, hasil minyak untuk negeri, mengangkat martabat wanita, dan reformasi membanteras jenayah, semuanya memberikan keyakinan kepada rakyat berkenaan kebolehan Pakatan Rakyat untuk memerintah.

Sesungguhnya bajet 2013 oleh kerajaan Barisan Nasional tidak menepati seperti yang dilaksanakan.

Penulis ialah Pengerusi Lajnah Pekerja dan Profesional Muda Dewan Pemuda PAS Malaysia. Via - HarakahDaily