Sumbangan PASTI

Sumbangan PASTI

Sunday, March 10, 2013

Antara dua darjat... Adakah Jengka 19 pun akan jadi macam ini ?


(Antara dua darjat di Terengganu)

KUALA TERENGGANU: Antara dua darjat atau antara parti kerajaan dan parti pembangkang.

Inilah nasibnya apabila keadilan bertombok dan sayang tidak merata.

Di Kemaman, Majlis Perbandaran Kemaman membuang semua bendera yang di psang oleh petugas PAS di atas satu jambatan.

Namun di Kuala Terengganu, bendera dacing BN sudah berminggu-minggu di pasang di situ tetapi tidak diendahkan.

Yang membezakan kedua-duanya adalah satu di bawah Majlis Bnadaraya Kuala Terengganu dan satu lagi di bawah Majlis Perbandaran Kemaman tetapi kedua-duanya bermenteri besarkan seorang sahaja iaitu Datuk Seri Ahmad Said.

Mungkin kerana Ahmad Said bertanding di Kijal, Kemaman maka perkara ini dilakukan, ia tidak dapat dipastikan. - HarakahDaily

No comments:

Post a Comment