Sumbangan PASTI

Sumbangan PASTI

Monday, November 17, 2014

PAS berbeza dengan kumpulan lain di Malaysia

KUALA LUMPUR: PAS berbeza dengan kumpulan lain yang berada di Malaysia, tegas Presiden
 PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ini, jelasnya PAS merupakan salah satu gerakan islah dan tajdid yang menghadapi cabaran semasa di tanah air ini, lapor Buletin Online.

Katanya, PAS adaah gerakan Islam yang tersendiri mengikut waqi’ di negara Malaysia dan ia berbeza dengan Ikhwan al-Muslimin atau mana-mana gerakan Islam yang lain.

“PAS adalah PAS. Ikhwan adalah Ikhwan. PAS adalah gerakan yang tersendiri mengikut waqi’ di tempat kita dan kita berhubung dengan semua gerakan Islam seluruh dunia," ujarnya ketika berucap pada Majlis Hari Keluarga Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu di pantai Kelult, Marang kelmarin.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menambah, antara ciri gerakan Islam adalah berdakwah kepada perkara yang baik, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

"Tajuknya addakwatul ilal khair, objektifnya ialah al-amru bil makruf wannahyu anilmunkar

"Para ulamak menafsirkan addakwatul ilal khair adalah seluruh ajaran Islam yang berkait dengan aqidah, syariat, akhlak dan segala sistem untuk melaksanakan ajaran itu, yang wajib direalisasikan melalui amal makruf dan nahi mungkar, sehingga kemuncaknya mendirikan negara yang mendaulatkan syariat Allah,” tegasnya.

Namun begitu, katanya, tidak menjadi masalah sekiranya ada kumpulan Islam yang tajuknya berdakwah dan amar makruf sahaja dan tidak ada nahi mungkar serta yang bersifat pendidikan dan kebajikan sahaja

Tetapi yang penting, ujar beliau, bagi umat Islam mesti ada satu kumpulan yang melaksanakan ketiga-tiga perkara itu, sehingga berjaya mendaulatkan Islam yang menyeluruh, bagi melaksanakan tujuan manusia berada di atas muka bumi. HarakahDaily

No comments:

Post a Comment