Sumbangan PASTI

Sumbangan PASTI

Tuesday, December 2, 2014

Sudah tentunya bukan penduduk Matau

PAS bersama merasai kesedihan penduduk Matau bila mana Mahkamah Rayuan Putrajaya menolak permohonan mereka bagi mendapatkan hak menduduki kediaman yang telah meraka bina sejak lebih 40 tahun.
Harapan kepada Mahkamah Rayuan mendengar rintihan mereka ternyata musnah bersama runtuhan rumah mereka oleh tangan-tangan rakus dan zalim.
Inilah nasib rakyat marhaen dalam menghadapi kemelut harga barangan dan kos hidup yang tinggi, kediaman mereka pula akan dihancurkan dengan sebahagiannya dibayar saguhati antara RM10,000 - RM20,000 sahaja.
Apalah nilai sebanyak itu berbanding kediaman dan harta-harta yang telah mereka kumpul berpuluh tahun?
Sayang kita punya kerajaan yang lebih mesra pemaju berbanding rakyat. Slogan rakyat didahulukan hanyalah pembohongan bagi mengizinkan kekuasaan diperolehi. Bukan rakyat didahulukan untuk mendapat perlindungan, tapi kepentingan rakyat dikorbankan terlebih dahulu.
Walaupun penduduk Matau telah melakukan pelbagai ikhtiar, bertemu PM, MB dan berpuluh kali dialog dengan Pentadbiran Tanah Daerah, namun semua usaha mereka lenyap bilamana mereka tetap ingin mengambil alih perkampungan tersebut untuk diserahkan kepada pemaju.
Kini sebuah lagi perkampungan orang Melayu akan dimusnahkan bagi menggantikannya dengan warga asing, dan bangunan-bangunan kedai yang berharga antara RM600,000 ke RM1 juta - orang Melayu mana yang mampu membelinya?
Sudah tentunya bukan penduduk Matau. - HarakahDaily

No comments:

Post a Comment