KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yakin PAS mampu menjadi sebuah parti yang kuat serta parti kepada orang Melayu dalam meningkatkan syariat Islam.
Beliau ketika ditemui Harakahdaily berkata, pemilihan pada muktamar lalu memberi kesan yang sangat besar berbanding pemilihan sebelum ini.

"Ada beberapa aspek yang memberi kesan kepada PAS apabila barisan kepimpinan yang didokong barisan ulama terutamanya dari sudut organisasi.
"Kita perlu duduk dan merangka strategi bagi memantapkan gabungan antara ulama, profesional dan aktivis parti," katanya.
Menurut beliau lagi, PAS perlu mantapkan cawangan dan meningkatkan keahlian supaya menjadi parti yang mendominasi dalam muafakat Pakatan Rakyat.
"Walaupun kita lihat ada masalah timbul PAS perlu menjadi parti yang kuat, kita ada keahlian lebih sejuta orang.
"Bukan sahaja kekuatan di dalam Pakatan Rakyat tetapi mampu mengambil alih Umno untuk teras kepada orang Melayu," katanya lagi.
Beliau ketika ditanya mengenai gambaran ada ahli yang akan keluar PAS berkata apa yang digembar gemburkan itu tidak akan berlaku sepertimana yang diperkatakan.
"Selagi kita pelihara asas kekuatan PAS, selagi mana kita berpegang teguh kepada dasar dan prinsip Islam, kita akan terus kuat.
"Begitu juga dalam isu rakyat kita bersikap anjal dan akan terus berjuang untuk mereka, apa yang kita perlu ingat perubahan muktamar itu merupakan isyarat untuk PAS kembali kepada perjuangan asal iaitu perjuangan Islam," sambung beliau lagi. - PAS Pusat

No comments:
Post a Comment