KOTA BHARU: Mengambil kira peranan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jabatan Mufti agak terhad, Lembaga Penasihat Ulama pula dicadang bagi menasihatkan pemerintah (umarak).
Naib Yang Dipertua Wadah Pencerdasan Umat (Wadah) Selangor Dr Ahmad Zaki Abd Latiff berkata lembaga penasihat tersebut dianggap penting bagi mendekatkan ulama dengan umarak.
Katanya biar pun sudah ada Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jabatan Mufti di setia negeri, namun peranan menasihatkan penguasa masih lagi terbatas.
“Masih lagi tidak meluas dengan peranan dimainkan institusi agama yang ada sekarang. Jadi Lembaga Penasihat Ulama dianggap perlu diwujudkan bagi mengisi lompang tersebut,” katanya selepas membentang kertas kerja pada seminar antarabangsa pemikiran Sheikh Daud Al Fathoni di Dewan Jubli Perak di Padang Perdana hari ini.
Seminar sehari itu dirasmikan anggota Exco, Datuk Nassuruddin Daud. Ia dianjurkan Tabung Amanah Tok Kenali (Tatok) dan Wadah Selangor.
Hadir sama Timbalan Speaker Dun Pulau Pinang, Maktar Shapee, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Dr Yusnan Yusof, Pengarah Tatok, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail, dan wakil-wakil rakyat.
Pesertanya dari pusat pengajian pondok di seluruh Kelantan, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Dakwah Halaqat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Persatuan Imam Selatan Thailand, Majlis Agama Islam Narathiwat, Pondok Kandis dan Yayasan Islam Kelantan.
Ketika membentang kerja sebelum itu Dr Ahmad Zaki berkata pada zaman lampau pernah ada lembaga penasihat diraja di Kedah dan Perlis yang dikenali sebagai mursyid.
Katanya, mursyid ketika itu berperanan menasihat istana berkaitan agama dan pentadbiran negeri.
“Jadi sekarang sudah sampai masanya intitusi penasihat terdiri kalangan ulama secara terancang diwujudkan bagi menasihat pemerintah.
“Institusi penasihat begitu penting sehingga ketika zaman penjajah, Inggeris melantik penasihat kalangan mereka bagi menasihat Raja-raja Melayu,” ujarnya yang juga bekas Pengarah Institut Kajian Zakat UiTM Shah Alam.
Menurutnya barat cuba memisahkan ulama daripada umarak sejak abab ke-16 lagi bagi memastikan kekuatan Islam terpinggir dalam pentadbiran kerajaan.
Kata beliau barat berjaya menghalang kebangkitan Islam setelah ulama diasingkan daripada umara’.
Turut membentang kertas kerja pada seminar itu pengarang majalah Pengasuh, Mohamad Mahmud, Naib Presiden Wadah, Dr Abdul Halim El Muhammady, Dr Luqman Abdullah dari UM dan Dr Abdul Basit Abdul Rahmad (Kias). - HARAKAHDAILY 17/8/2015

No comments:
Post a Comment